beg sandang anti copet




Pernahkah anda melihat seorang pengguna mengenakan gaya pemakaian beg secara terbalik di hadapan?

Ya, ia mungkin bagi mengelakkan kes di mana poket luar beg diseluk mengakibatkan barang-barang penting seperti peranti, wayar pengecas dan komputer riba tidak dicuri.

Bagi meyelesaikan malasah kecurian yang agak licik ini, beg RIUT (Revolution In User Thinking) adalah penyelesaian yang dihasilkan oleh Sarah Giblin dari United Kingdom.

Sebagai penduduk di kota London, menggunakan pengangkutan awam adalah sebuah keperluan.

Selepas daripada kejadian ragut yang menimpa dirinya, beliau mula menghasilkan protaip Riut.

Apakah yang membezakan beg ini dengan beg yang ada di pasaran?

Riut tidak mempunyai zip pada bahagian belakang beg, sebalikya zip terletak pada bahagian depan.

Apabila disandang zip akan tersorok dan dihimpit oleh badan pemakai.

Ini mengurangkan kebarangkalian anda boleh diseluk oleh pencuri.

Riut juga diperbuat daripada bahan kalis air bagi memastikan peranti yang disimpan di dalamnya tidak akan rosak apabila hujan.

Beg ini cukup besar untuk memuatkan sebuah komputer riba 15 inci dan beberapa peranti pintar pada waktu yang sama.

Sarah masih mengumpul dana bagi menjadikan ciptaan menarik beliau ini menjadi realiti.

Harga Riut bermula dari 45 pound (RM 238) sebuah.


Kickstater


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI