roket membawa bekalan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) meletup




KOMBINASI gambar ini menunjukkan detik-detik sebuah roket Antares milik syarikat Orbital Sciences meletup selepas beberapa saat dilancarkan dari sebuah tapak pelancar di Pulau Wallops di Virginia, Amerika Syarikat kelmarin.

WASHINGTON – Sebuah roket yang membawa bekalan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) meletup selepas beberapa saat dilancarkan di sebuah tapak pelancaran di Pulau Wallops di sini kelmarin.

Roket Antares yang dibina oleh syarikat Orbital Sciences itu dilancarkan di Kemudahan Penerbangan Wallops pada pukul 10.22 malam waktu tempatan tetapi meletup dan terhempas ke darat beberapa saat selepas dilancarkan.

Letupan itu mencetuskan sebuah bebola api besar dan kepulan debu yang berterbangan di angkasa.

Pihak berkuasa berkata, tiada siapa yang cedera dalam kejadian tersebut kerana roket berkenaan tidak membawa angkasawan.

Antares membawa sebuah sebuah makmal berharga AS$100 bilion (RM327.25 bilion) ke ISS.

Beberapa jam sebelum kejadian, sebuah roket milik Rusia yang membawa tiga tan makanan, minyak dan bekalan lain ke ISS berjaya dilancarkan dari tapak pelancaran di Kosmodrom Baikonur, Kazakhstan.

Nahas tersebut merupakan yang pertama sejak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) melantik kontraktor swasta bagi membawa bekalan dan kargo ke ISS.

“Kargo yang musnah dalam kejadian ini bukan komponen penting dan tidak mengancam angkasawan yang bertugas di ISS,” kata seorang pegawai NASA, William Gerstenmaier.

Sementara itu, Timbalan Eksekutif Presiden Orbital Sciences, Frank Culbertson memberitahu, punca nahas masih dalam siasatan


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI