sandwich sambal tumis petai




BAHAN-BAHANNYA :-)

1 genggam ikan bilis yang telah dibersihkan, rendam sekejap dan toskan
3 papan petai, ambik isinya
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
2 senduk nasi penuh cili kisar
3/4 camca besar pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)

6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci hirisan halia
1 inci belacan

BAHAN-BAHAN LAIN :-)

Roti sandwich secukupnya
Hirisan timun secukupnya
Hirisan tomato secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tambah pes asam jawa dan kacau rata.

Tuang air, kacau dan masukkan petai, masak sekejap, tambah ikan bilis dan bawang besar. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula (atau secukup rasa). Kacau dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

UNTUK SANDWICH SAMBAL PETAI :-

Sediakan roti sandwich secukupnya, bakar sekejap hingga keperangan. Sudukan sambal secukupnya dan hias dengan hirisan timun dan hirisan tomato. Kemudian potong dia (bebentuk 3 segi). Hidangkan segera.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI