TM Pun Tak Lepas Peluang Merompak Rakyat... Akan Caj RM5 Setaip Bil Dicetak Tahun Depan...?




Telekom Malaysia (TM) didakwa tidak berlaku adil kepada pelanggannya apabila memutuskan untuk mengenakan bayaran RM5 bagi setiap bil TM bercetak bermula Januari 2016.

Malah, ia dilihat satu tindakan untuk mengaut keuntungan.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris berkata keputusan tersebut amat merugikan golongan warga emas kerana kumpulan umur ini biasanya tidak lagi bekerja dan bergantung kepada simpanan, pencen atau anak-anak mereka bagi sokongan kewangan.

Kata SM Mohamed, bayaran RM5 sebulan bersamaan tambahan RM60 yang terpaksa mereka serahkan kepada TM setiap tahun.

“Jika mereka dalam kumpulan usia yang tahu menggunakan teknologi moden, mungkin mereka mengalami halangan dalam bidang lain.

“Contohnya, mereka yang berada dalam kumpulan yang berpendapatan rendah atau mereka yang tinggal di kawasan luar bandar berkemungkinan tidak mempunyai kemudahan untuk memeriksa bil TM mereka secara atas talian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SM Mohamed juga mempertikaikan caj RM5 sebulan bagi bil bercetak dilihat terlalu tinggi.

“Kosnya hanya sekitar RM0.60 untuk menghantar beberapa keping kertas dan tidak begitu banyak untuk mencetak bil.

“Ia kelihatan seperti cadangan TM untuk mengenakan bayaran untuk bil bercetak pada Januari tahun depan hanyalah satu tindakan untuk mengaut keuntungan.

“Ketika kita sedang bergerak ke arah kemajuan teknologi dan era mesra alam sekitar, kita boleh menggalakkan orang ramai untuk menerima dan mengamal pandangan ini tetapi tidak seharusnya kita memaksa mereka untuk menerimanya,” jelasnya.

Menurutnya lagi, beliau menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia menghentikan rancangan TM serta tidak membenarkan TM untuk terus memonopoli pasaran talian tetap.

“Bagi syarikat yang menyediakan perkhidmatan yang tidak berapa baik, hakikat bahawa mereka cuba untuk mengambil kesempatan daripada pelanggan mereka dengan taktik seperti ini amat mengecewakan dan memberangkan.

“Memandangkan TM enggan untuk memperbaiki perkhidmatannya walaupun banyak aduan yang diterima terhadap mereka, pasaran perlu dibuka bagi membolehkan syarikat lain menyediakan perkhidmatan yang lebih bermutu berbanding TM.

“Persaingan amat penting. Tanpanya kita akan mendapat syarikat seperti TM yang merasakan bahawa mereka akan terus menyediakan perkhidmatan yang menyedihkan tetapi masih terus mengambil wang hasil titik peluh pelanggan mereka,” katanya

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI