hutan bernafas macam paru paru




HALIFAX – Fenomena aneh dilaporkan muncul di wilayah Nova Scotia, Kanada apabila seorang lelaki tempatan, Brian Nuttal secara tidak sengaja baru-baru ini berjaya merakamkan video menunjukkan permukaan tanah yang bernafas.

Rakaman dibuat pada 31 Oktober lalu kemudian dimuat naik menerusi akaun Manual Petitat di laman YouTube itu sekali gus menggemparkan jutaan penduduk negara berkenaan selain mencetuskan minat masyarakat seluruh dunia.

Media Kanada melaporkan Nuttal dalam posting menerusi akaun Facebook dirinya mendakwa, insiden ganjil itu dirakamkan di kawasan hutan yang dikenali sebagai Apple River di wilayah Nova Scotia tersebut pada akhir bulan lepas.

Terletak di Teluk Fundy, Apple River sebenarnya merupakan sebuah tempat terpencil dan dipercayai mula diteroka pada 1783 serta dihubungkan pada jarak 239 kilometer dengan bandar raya terbesar ibu wilayahnya, Halifax.





Berdasarkan rakaman video berdurasi 1 minit 32 saat tersebut, Nuttal berkata, tanah di situ asalnya cukup tenang tiba-tiba berubah dan tampak permukaannya seperti kembang kempis seumpama aksi paru-paru manusia apabila bernafas.

“Ia sangat pelik apabila saya berjalan di sana, saya menyedari tanah bergoncang dan mulanya menyangka ada tiupan angin kencang semacam ribut Patricia yang pernah membadai kawasan tersebut sebelum itu,” jelas beliau lagi.

Ramai netizen menganggap fenomena unik itu terjadi secara semula jadi akibat pergerakan kuat air sungai bawah tanah yang meluap-luap sebab kebetulan lokasi insiden tersebut berlaku memang tidak terlalu jauh dari sebuah tasik.

Namun, Nuttal menolak andaian tersebut kerana kawasan itu agak kering dan beliau sendiri yang berpengalaman memburu haiwan liar di dalam hutan belum pernah langsung merasai kejadian sedemikian.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI