terhantuk pintu kapal dapat pampasan AS$21.5 juta...kaya sen



SOROTAN menunjukkan Hausman meraung kesakitan selepas terhantuk pada pintu kapal.

SEATTLE, Amerika Syarikat - Seorang pelancong dari Illinois yang mengalami kecederaan selepas kepalanya terhantuk pada pintu gelangsar kaca kapal milik syarikat Holland America menerima pampasan berjumlah AS$21.5 juta (RM94 juta) baru-baru ini.

Bukti rakaman video menunjukkan James Hausman, 61, terhantuk muka dan sisi kepalanya pada pintu kapal M/S Amsterdam ketika kapal pelancongan itu menghampiri Hawaii pada 26 November 2011.

Dia bagaimanapun meneruskan pelayaran itu bersama isteri dan anaknya, namun satu ujian selepas kejadian terbabit menunjukkan dia mengalami kecederaan kecil pada otak dan mengakibatkan sawan, kehilangan daya ingatan serta gayat, ujar peguam Hausman, Rick Friedman kepada mahkamah.

“Dia masih mengalami masalah terhadap perkara yang boleh jadi lebih mudah,” ujar Friedman.

Susulan itu, juri persekutuan di bandar Seattle telah menganugerahkan Hausman yang kini tinggal bersama keluarganya di bandar Springfield ganti rugi berjumlah AS$21.5 juta akibat kecederaan yang dialami selepas perbicaraan berlangsung selama sembilan hari.

Syarikat itu bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan akan membuat rayuan terhadap keputusan berkenaan.



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI