dah rembat duit zakat kini tak mengaku rembat duit anak yatim...jamil jamil...kan bapak dah bilang...usah guna duit yanng bukan hakmu.....kan dah kantoi lagi..jamil...jamil....mana mau lari....saman...saman la kalau berani...ha ha ha

Menteri nafi guna duit anak yatim, saman jika NGO gagal mohon maaf





enak aja kamu jamil ngongsi duit zakat...dan lagi kamu menerusi sifat keji kamu melahap uang  anak yatim...ingat jamil tidak selamanya kamu boleh lepas lari...selagi UMNO jadi dokongan haram di negara ini...!!!

Susulan pendedahan terbaru dibuat Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) mengenai sebuah yayasan Islam di bawah kerajaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini tampil menafikan dakwaan kononnya beliau terlibat dalam penggunaan dana anak yatim di bawah yayasan tersebut.

Beliau merujuk tuduhan Pengarah NOW Akmal Nasir terdahulu hari ini mengenai yayasan itu menggunakan wang daripada tabung anak yatim bagi membiayai perbelanjaan seorang menteri dan isterinya di Amerika Syarikat (AS).

Melalui satu kenyataan media, Jamil menggesa Akmal, yang juga ketua cabang PKR Johor Baru, memohon maaf dalam masa 24 jam atas tuduhan yang disifatkan menghancurkan kredibilitinya sebagai seorang menteri.

 Katanya, jika gagal berbuat demikian, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang.

"Sesungguhnya, dakwaan mengatakan saya menyalahgunakan duit anak yatim dan miskin, yang diperoleh daripada hasil sumbangan orang ramai, bagi membiayai perjalanan ke luar negara bersama isteri, main golf dan lawatan ke pusat beli-belah adalah satu kenyataan jahat berupa fitnah dan menyimpang (misleading) daripada fakta sebenar.

"Justeru, dakwaan kononnya program saya di AS lebih bersifat bersuka-ria, menggunakan dana anak yatim, adalah satu fitnah yang besar dan cubaan untuk menjatuhkan kredibiliti dan maruah saya selaku menteri di Jabatan Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu hari ini, Akmal pada satu sidang media berkata, pembiayaan perbelanjaan lawatan menteri dan rombongannya itu, pada Mei 2014, dibuat melalui sebuah institusi di bawah kawalan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (Yapeim).

"Lebih mendukacitakan, pembayaran itu dibuat melalui institusi kawalan Yapeim iaitu Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin) yang mana duit itu adalah khusus untuk kegunaan bantuan anak yatim dan miskin," katanya.

Akmal mendakwa, walaupun perjalanan yang turut melawati Washington DC, Minnesota dan Iowa tersebut bertujuan "pemantapan dan pemerkasaan" Kelab Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional (Santun) Yapeim, namun ia bersifat suka ria dan langsung tiada amal jariah.

Jamil menjelaskan dalam kenyataannya, lawatannya itu bagi memenuhi jemputan agensi di bawah seliaannya, termasuk Yapeim, yang membuat program secara Strategi Lautan Biru.

Ia dianjurkan dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di AS dan Education Malaysia (EM) Chicago sempena Mid West Game yang menghimpunkan lebih 1,000 pelajar daripada AS dan Kanada.

"Program tersebut melibatkan kursus kepada pelajar yang memfokuskan aspek motivasi kenegaraan dan keusahawanan, simposium perdana perkahwinan kekeluargaan, pengurusan dan isu semasa negara dan kursus pra perkahwinan bagi pelajar.

"Juga diadakan kelas pengajian untuk isteri dan kakitangan wanita kedutaan, penyampaian sumbangan kepada pelajar cemerlang yang tidak berkemampuan dan pertemuan bersama usahawan Malaysia," katanya.

Jamil berkata, Mid West Game itu mengandungi beberapa acara sukan di Indianapolis, termasuk permainan golf yang turut disertainya bersama duta negara itu dan kakitangan kedutaan.

Beliau mengakui segala perjalanan dan kegiatan rasmi itu ditanggung agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri berkenaan mengikut polisi dan tatacara kewangan yang sewajarnya.

"Tiada apa yang perlu disembunyikan kerana segalanya mengikut prosedur dan tatacara ditetapkan.

"Saya sentiasa terbuka dan bersedia memberi kerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak berkuasa untuk disiasat sekiranya benar wujud salah laku yang melibatkan diri saya atau agensi di bawah seliaan saya," katanya.

Menuntut permohonan maaf secara terbuka dari Akmal, Jamil juga mahu beliau  menarik balik segala dakwaan dan fitnah jahat yang didakwanya dilakukan.

"Jika tidak, saya akan memulakan tindakan saman fitnah dan malu melalui peguam saya kerana tindakan ini benar-benar menjatuhkan maruah dan kredibiliti saya," katanya.

Jamil berkata, tidak adil hanya mempamerkan dokumen yang mengelirukan dan tidak menggambarkan keseluruhan program yang melibatkan beliau.

Ini kerana, katanya, menjadi sebahagian tugas dan tanggungjawabnya memenuhi jemputan rasmi kedutaan, apatah lagi program anjuran agensi di bawah tanggungjawabnya.






##





Adakah ini satu bentuk kelebihan kepada mana2 individu terpilih daripada
ramai2 rakyat malaysia yang ada kehendak, peluang dan keinginan dalam politik dalam memegang jawatan dalam kerajaan di tahap paling tinggi, sebagai menteri PASOLA

Alahai Jamil, kursus macam tu antar Ustaz Azhar Idrus pun dah cukup - tak payah Mentri dan Yapeim pegi!

Tak guna cakap pasal prosedur Kalau duit datag dari duit penjawat awam dan duit itu untuk anak yatim..

Kalau memang teringin nak bersukaria ke sana...Gunalah duit JPM atau Kementerian Luar. kutipan yapeim puluhan juta setahun, patutnya sebahagian duit itu buat rumah untuk mangsa banjir sebagai amal jariah.

Kalau betul dia makan harta anak yatim, dia lebih rendah dan hina dari alvin tan.Jamil baca quran, faham, dan dia mengaku jaga agama wakil tuhan tapi ..kaki songlap duit umat islam rupanya...kah kah kah..

Perangai perompak rupanya ko nie...tak layak jaga agama dan wakil tuhan...ha ha ha

Wa  berpendapat tujuan sebenar ialah untuk memastikan sokongan pelajar luar negara  terhadap najib. Oleh itu ia jelas dan nyata bertentangan dengan Alasan yng diberi ketika mengutip Dana iaitu untuk anak yatim.

Kita semua tahu apa hukumnya orang ISLAM memakan Harta anak yatim.
Wa  lansung tak pernah  beri  sumbangan kepada badan ini melalui potongan gaji bulanan atau lain lain cara...sebab wa tau  badan badan yang kononnya  nak jaga kebajikan umat islam termasuk majlis dan jabatan agama memang tiada kredibili menjalankan tanggungjawab menjalankan amanah yang di letakkan kepadanya..

Badan badan seperti ini telah menjadi tabung para penyamun VIP UMNO merompak rakyat

Kalau nak tahu semua Menteri Menteri Malaysia adalah Menteri yang paling enjoy di dunia. Tapi rakyat yang derita kena tanggung sifat biawak hidup mereka.


Okey... kita tungu bila dia nak saman Akmal. Jangan pulak jadi macam saman Najib ke atas WSJ, sampai la ni tak jadi lagi, macam2 alasan yg di beri.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI