ikan keli bermata tiga...?



Seekor ikan keli bermata tiga didakwa seorang lelaki berjaya dipancing dari sebuah terusan di Brooklyn, AS. (Foto: Gothamist)

Seorang lelaki mendakwa berjaya menangkap seekor ikan keli bermata tiga di Brooklyn, New York, Amerika Syarikat (AS).

Dalam video milik Mike Hunter yang telah disiarkan sebuah agensi berita tempatan Gothamist, seperti dikutip Mashable.com, Rabu (11/11/2015), terlihat seorang pemancing  menarik ikan bermata tiga dari Terusan Gowanus.

Terusan Gowanus dikenali sebagai saluran air tercemar dan paling kotor di Amerika Syarikat.

Dalam dunia sains, ikan atau haiwan bermata lebih dari dua bukan suatu perkara baru. Namun, saintis kerap menyebut mata ketiga haiwan merupakan hasil mutasi, bukan pencemaran.

Profesor Waldman, penulis buku Heartbeats in the Muck: A Dramatic Look at the History, Sea Life, and Environment of New York Harbor, mengulas mengenai penemuan ikan bermata tiga kepada New York Times. Beliau berkata ikan bermata tiga itu pada hakikatnya adalah ikan keli jenis freshwater bullhead.

"Tidak pernah ada ikan keli freshwater bullhead di air masin seperti di Terusan Gowanus. Menemukan satu ekor di sana rasanya terlalu janggal," kata Waldman, yang mengaku tidak mempercayai video Mike Hunter itu.

Meski video itu belum dapat disahkan, namun berjaya menjadi viral di internet. Sejak dimuat naik ke YouTube pada 9 November, video ikan keli bermata tiga itu telah ditonton lebih daripada 7 ribu kali.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI