Lenovo VIBE P1m di lancarkan di malaysia





Terdapat beberapa telefon pintar yang menawarkan kapasiti bateri bersaiz besar di Malaysia, seperti Zenfone Deluxe, dan kini Lenovo Malaysia turut telah memulakan pra-tempahan untuk telefon pintar mereka dengan kapasiti bateri besar, iaitu Lenovo Vibe P1m.


Lenovo Vibe P1m hadir dengan skrin bersaiz 5-inci, cip pemprosesan empat-teras 1.0Ghz, memori 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB. Ia turut dilengkapi dengan kamera belakang 8-megapixel, dan kamera hadapan 5-megapixel.

Dari segi spesifikasi, ia boleh dikatakan sebagai telefon pintar Android berspesifikasi asas-pertengahan. Namun, salah satu ciri yang menjadi fokus utama pada telefon pintar ini adalah sokongan baterinya yang berkapasiti 4000mAh.

Lenovo mengatakan melaluinya pengguna mempunyai masa berbual selama 16 jam, selain masa bertahan 20 hari. Lenovo turut menyertakan sebuah butang khas pada bahagian tepi yang mengaktifkan sokongan asas telefon untuk masa penggunaan bateri yang lebih lama. Telefon pintar ini juga turut dilengkapi sokongan pengecasan pantas untuk memudahkan anda mengecas kapasiti penuh telefon pintar ini dengan pantas.

Di Malaysia, Lenovo Vibe P1m membawakan tanda harga RM649, tetapi untuk fasa pra-tempahan, Lenovo menawarkan ia pada harga RM599, dan hadir dengan beberapa hadiah khusus bersempena dengannya.



maklumat lanjut di sini

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI