Ruang simpanan barang adalah terhad dang beg sandang yang menyimpan pakaian sukar untuk diletakkan di atas motor. Ini bukan sahaja membuatkan beg pakaian mudah rosak dan basah ketika hujan malahan boleh menjadi punca berlakunya kemalangan. Awal tahun ini gambar empat sekeluarga menaiki motor untuk balik ke kampung menjadi viral.
Ramai rakyat Malaysia sedih melihat tiga orang anak kecil berhimpit di atas motor dengan beg pakaian tergantung pada posisi yang tidak selamat. Mengapa tidak ada sistem bagasi khas yang mensasarkan golongan penunggang motor?
Namun....telah di temui... sistem Wheelrider
Wheelrider ialah sistem bagasi pertama yang mampu menyelesaikan masalah ini. Ianya sebuah beg cangkerang keras yang boleh ditarik seperti bagasi biasa. Perbezaannya ialah ia mempunyai sambungan khas yang membolehkan ia diletakkan di belakang motor dengan selamat. Bagasi ini dipegang kemas menggunakan enam titik kunci yang direka khas. Terdapat dua saiz bagasi Wheelrider. Saiz sederhana memenuhi saiz maksimum bagasi yang boleh dibawa masuk ke dalam kabin pesawat. Saiz besar pula mempunyai ruang yang cukup untuk menyimpan topi keledar. Fungsi tambahan lain bagasi ini ialah sebuah panel solar yang mengecas sebuah power bank. Keseluruhan beg diperbuat daripada gentian karbon untuk memastikan ianya tahan lasak dan kalis air.
Sistem bagasi Wheelrider sedang mengumpulkan dana untuk penjualan secara komersial. Harga jualan bermula dari $190 (~RM 438) sebuah. Harga yang mahal untuk sebuah beg tetapi sekiranya anda tidak mahu lagi risau beg pakaian terjatuh, basah ataupun sukar dibawa ketika ingin balik kampung, ini adalah antara pilihan yang ada di pasaran.
info lanjut di sini
Home
/
berita
/
penunggang motorsikal
/
teknologi .sistem bagasi
/
sistem bagasi istimewa untuk penunggang motorsikal
-
Blogger Comment
-
Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI