ritual pelik ...pesta bersihkan mayat



BEBERAPA mayat yang dikeluarkan dari kubur untuk dibersihkan sempena Festival Ma'nene di Pulau Sulawesi.

JAKARTA – Etnik Toraja di sini mengamalkan ritual pelik apabila mereka akan menggali semula kubur ahli keluarga dan saudara-mara bagi membersihkan rangka mayat.

Ritual berkenaan dikenali sebagai Ma'nene atau Pembersihan Mayat yang diraikan setiap tiga tahun oleh etnik yang tinggal di kawasan pergunungan di Tana Toraja, Pulau Sulawesi itu.

Lazimnya, penduduk di pulau berkenaan akan membawa pulang mayat-mayat yang digali ke rumah sebelum dimandikan dan dipakaikan dengan pakaian baharu serta dihias cantik.



SEBAHAGIAN penduduk bersama mayat ahli keluarga mereka yang telah dipakaikan dengan pakaian baharu.

Malah, keranda rosak yang menempatkan mayat-mayat akan turut ditukar atau dibaiki sebelum diarak sekeliling kampung dalam satu garisan lurus.

"Upacara ini diadakan untuk menghormati orang yang telah meninggal dunia. Walaupun, mereka telah mati, namun roh dan kenangan mendiang masih lagi wujud. Oleh itu, mereka perlu dibersihkan," kata seorang penduduk yang enggan dikenali.

Ritual pengebumian itu juga menelan kos tinggi menyebabkan etnik Toraja terpaksa mengumpul wang sebelum meraikan festival itu

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI