burger tanpa daging



SUPERIORITY burger dinamakan yang terhebat di dunia

New York: Satu burger di kota New York dinobatkan yang terhebat di dunia walaupun tidak langsung mengandungi daging. Superiority Burger terkenal berharga AS$6 (RM26) dibuat menggunakan patti sayur-sayuran dinamakan burger paling hebat di dunia oleh majalah GQ.

Pasti pilihan itu menimbulkan kontroversi, tetapi ramai yang memuji rasa dan tekstur patti burger itu tanpa mengetahui ia sebenarnya tidak langsung menggunakan daging lembu. Burger itu dihidangkan dengan roti ban, daun salad dan tomato selain jeruk dil dan sos. Pemilik Superiority Burger East Village, Brooks Headley berkata, isi kandungan burger sayuran rahsianya.

Namun, bekas pemain dram kumpulan punk rock itu berkata, burger vegetarian semakin popular di negara itu. “Saya tidak perlu makan daging untuk menikmati burger yang sempurna. Keenakannya dinikmati secara menyeluruh, setiap kunyahan patti burger digabungkan dengan ban, daun salad dan sos memberi kepuasan yang tidak dapat digambarkan,” katanya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI