belanja RM335j untuk anak




TAIKUN hartanah, Joseph Lau. Gambar kanan, seorang model menunjukkan berlian ‘Blue Moon’ yang dibeli Lau dengan harga RM211 juta.


Hong Kong: Seorang bilionair Hong Kong membelanjakan AS$48.4 juta (RM211 juta) untuk membeli berlian 12.03 karat digelar ‘Blue Moon’ (Bulan Biru) dalam lelongan diadakan di Geneva, kata jurucakapnya semalam.

Taikun hartanah, Joseph Lau - yang tahun lalu didapati bersalah atas tuduhan rasuah di Macau - membeli permata berkenaan dalam lelongan di Sotheby’s kelmarin dan terus menukar gelarannya kepada ‘Blue Moon of Josephine’ (Bulan Biru Josephine) sempena nama anak perempuannya berusia tujuh tahun.

Dia membeli berlian itu sehari selepas menghabiskan AS$28.5 juta (RM124 juta) dengan membeli berlian merah jambu 16.08 karat - permata terbesar jenis itu yang pernah dilelong - di firma lelongan Christie’s yang kemudian digelarnya ‘Sweet Josephine’ (Josephine yang Manis).

Jurucakapnya di Hong Kong mengesahkan dua pembelian itu.

Ketua cawangan permata antarabangsa Sotheby’s, David Bennett berkata, jualan ‘Blue Moon’ memecah beberapa rekod menjadikan permata itu ‘berlian paling mahal tidak kira warnanya selain permata paling mahal dijual dalam lelongan.’

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI