sepanduk ‘Mana RM2.6 bilion’ diangkat lepas Najib bentang belanjawan 2016...lepas kencing kakitangan kerajaan duit derma tu tak mau cerita maa...!!!




Beberapa ahli Parlimen pembangkang berdiri sambil mengangkat sepanduk yang ditulis dengan warna merah selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selesai membentangkan Bajet 2016, di Parlimen semalam

Ahli Parlimen pembangkang bangkit memegang sepanduk bertulis "Mana RM2.6 bilion" selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selesai membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat petang semalam.

Tindakan itu dipercayai menyebabkan kamera di dalam dewan yang membuat liputan langsung tidak dihalakan ke arah tempat duduk pembangkang dan siaran langsung ditamatkan segera.

RM2.6 bilion adalah jumlah derma yang masuk ke dalam akaun bank peribadi Najib sekitar Mac 2013 dan diperakui Putrajaya selepas didedahkan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.

Gambar mereka memegang sepanduk tersebut dikongsi Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menerusi akaun Twitter dan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin menerusi kumpulan WhatsApp beliau dan petugas media.

Namun, pemerhatian teliti mendapati beberapa ahli Parlimen PAS seperti Nik Mohd Abduh Nik Aziz (Pasir Mas) dan Datuk Dr Khairuddin Aman Razali (Kuala Nerus) tidak turut sama berdiri memegang sepanduk itu dan hanya duduk sewaktu ahli Parlimen pembangkang lain berdiri.

Malah, kelibat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merupakan ahli Parlimen Marang tidak kelihatan langsung sejak awal pembentangan Bajet 2016 bermula sehinggalah ahli-ahli Parlimen pembangkang ditemubual wartawan selepas pembentangan selesai.

Najib yang juga menteri kewangan petang semalam membentangkan bajet ketujuhnya sepanjang menjadi perdana menteri.

Bajet 2016 memperuntukkan RM267.2 bilion berbanding RM260.7 bilion peruntukan sebelum dipinda pada tahun sebelumnya






##


Walau secantik mana pun bajet yang Najib bentang, ia tidak dapat membersihkan kekotoran perangai Najib yang sebat duit sebanyak RM2.6 billion tu. Perangai yang memalukan ibu-bapak dia.

kenapa pm masih membisu tentang 2.6biliom RM walaupun sepatutnya beliau membersihkan namanya ketika pembentangan bajet ini. bukankan ini boleh ini membuat rakyat semakin percaya tuduhan pembangkang terhadapnya.

Mana Hadi Awang? Kenapa MP PAS x berdiri dan pegang sepanduk sama?
Ker Hj hadi dah jadi penyokong senyap Najib?



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI