bayi pramatang terkecil



SAIZ Pixie semasa dilahirkan lebih kecil daripada tapak tangan ibunya.

CORNWALL, Britain – Pasukan doktor di sini bagaikan tidak percaya dapat menyelamatkan seorang bayi yang dilahirkan amat kecil dengan berat badan 0.5 kilogram (kg) dan bersaiz lebih kecil daripada tapak tangan ibunya.

Dilahirkan tiga bulan awal secara pembedahan caesarean, Pixie Griffiths-Grant dikejarkan ke pusat rawatan rapi dan terpaksa diletakkan di dalam bekas plastik sandwic pasar raya bagi memanaskan badannya.

Selepas berjaya menangani masalah jangkitan, pembedahan dan pemindahan darah, Pixie kini mencapai usia lima bulan dengan berat badan 3.4kg iaitu berat bagi seorang bayi normal yang baru lahir.

“Saya sangat gembira apabila diberitahu dapat membawa Pixie pulang. Ramai yang menantinya untuk kembali ke rumah,” ujar ibu Pixie, Sharon Grant, 37.

Oleh kerana saiz yang amat kecil, bayi perempuan itu diletakkan di dalam inkubator selama tiga bulan selepas dilahirkan, manakala Sharon tidak dibenarkan memeluk Pixie selama 18 hari pertama kerana setiap kali dipegang, dia akan kehilangan berat badan.

Bayi pramatang mudah terdedah kepada hipotermia dan beg plastik tersebut bertindak sebagai selimut bagi memanaskan tubuh kecil mereka

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI