pembunuhan pertama di Palau sejak 30 tahun






KOROR, Palau – Negara kecil Palau di Lautan Pasifik menimbang untuk mengetatkan lagi undang-undang pemilikan senjata selepas pulau itu merekodkan pembunuhan pertama dalam tempoh 30 tahun.

Presiden Palau, Tommy Remengesau berkata, kematian seorang penduduk, Kenneth Koshiba menggemparkan negara itu yang dihuni 21,000 penduduk. Palau terkenal kerana memiliki lokasi menyelam antara yang terbaik di dunia.

“Saya amat terkejut dan malangnya, keganasan menjadi jalan penyelesaian,” kata Remengesau pada satu sidang akhbar mengenai pembunuhan itu yang berlaku awal bulan ini.

Mayat Koshiba ditemui di sebatang jalan raya berhampiran sebuah stesen mi­nyak di sini pada 11 Oktober lalu.

Hasil bedah siasat mendapati mangsa yang berusia 31 tahun telah ditembak berulang kali menggunakan selaras senapang angin.

Beberapa butir peluru turut ditemui terbenam pada jantung dan tulang belakangnya.

Polis kemudian menahan tiga lelaki iaitu Nicholas Kloulubak, Clifton Kloulubak dan Michael Williams berhubung pembunuhan itu.

Kesemua mereka didakwa kerana membunuh dengan niat.

Pihak berkuasa Palau melaksanakan kawalan ketat ke atas senjata api dengan hanya pasukan tentera dan polis dibenarkan memilikinya.

Bagaimanapun, senapang angin yang digunakan untuk membunuh Koshiba adalah senjata yang biasa digunakan dalam aktiviti berburu dan sukan.

Susulan pembunuhan itu, Senator Palau, Hokkons Baules mengemukakan cadangan supaya semua senapang angin perlu didaftarkan dan melarang mereka yang berusia bawah 25 tahun daripada memilikinya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI