najib kelentong isu 1MDB, derma RM2.6 bilion, dalam Bajet 2016






Datuk Seri Najib Razak gagal menangani isu yang membawa kepada kehilangan keyakinan rakyat dalam pentadbiran beliau, iaitu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan "derma" RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya, dalam pembentangan Bajet 2016 petang semalam

Walaupun "bahasa berlagak berani" dapat dilihat dalam ucapan Najib di Dewan Rakyat  petang  semalam , kegagalan perdana menteri menangani isu itu akan menggoncang keyakinan pelabur tempatan dan antarabangsa.

Perdana menteri tidak nampak perlunya menangani satu masalah besar yang cuba beliau elakkan, iaitu skandal RM42 bilion 1MDB dan kononnya 'derma' RM2.6 bilion dalam akaun bank peribadi beliau yang turut melibatkan anak syarikat Kementerian Kewangan, SRC International Sdn Bhd.

Putrajaya memasukkan wang kecemasan RM975 juta awal tahun ini, surat sokongan untuk mendapatkan pinjaman AS$150 juta dan membayar ganti rugi International Petroleum Investment Corporation (IPIC) dengan  wang pendahuluan AS$1 bilion kepada 1MDB.

Ketidakupayaan 1MDB untuk membayar hutangnya dan kesedaran mengenai liabiliti luar jangka itu akan membawa kesan serius kepada kewangan kerajan dan secara semulajadi mewujudkan kesan domino yang negatif kepada seluruh ekonomi kita.

Disebabkan kegagalan menangani tuduhan berat yang dilemparkan terhadap 1MDB dan menyediakan pelan yang boleh dipercayai untuk kerajaan terhadap semua perkara luar jangka berhubung 1MDB, Bajet 2016 akan bukan sahaja gagal mengangkat keyakinan pelabur tempatan dan antarabangsa, ia akan menjadi satu lagi keadaan yang hanya akan dibayangi oleh skandal berbilion ringgit pentadbiran Najib.

Bajet 2016 hanya akan membebankan rakyat Malaysia, khususnya golongan berpendapatan sederhana dan rendah, dengan RM39 bilion cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berhubung kehilangan RM17.5 bilion dari cukai pendapatan petroleum.

Sebagai perbandingan, cukai jualan dan perkhidmatan yang dikutip pada 2014 hanya berjumlah RM17 bilion. Ini bermakna, rakyat Malaysia perlu menanggung peningkatan cukai sebanyak RM22 bilion.

Pua berkata sementara kerajaan terus menambah beban kepada rakyat, ia gagal untuk memperbaiki penjimatan perbelanjaan negara.

"Contohnya, perbelanjaan yang diperuntukkan untuk 'bekalan dan perkhidmatan' kekal pada RM36.3 bilion untuk 2016, sedangkan ia hanya RM20.8 bilion pada 2010.

"Kenapa peruntukan ini meningkat sebanyak 75.4% dalam masa hanya 5 hingga 6 tahun?

"Kesan daripada kegagalan kerajaan berjimat cermat dalam berbelanja dapat dilihat dalam peningkatan hutang kerajaan persekutuan daripada RM582.8 bilion pada 2014 kepada RM627.5 bilion yang dijangka menjelang akhir tahun 2015.

"Peningkatan hutang kerajaan sebanyak 7.7% juga mengatasi pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 4-5% setahun," katanya

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI