najib kencingkan kakitangan kerajaan ganti bonus tahunan dengan pemindahan gaji tahunan 2 kali pada tahun 2016....apa duit derma RM 2.6 billion tak boleh bantu kah...?




Faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred yang akan dilaksana tahun depan dapat membantu penjawat awam menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata ini bermakna mereka akan menikmati kenaikan gaji tahunan dua kali pada 2016.

"Kami mengucapkan terima kasih kerana perkara itu dipertimbangkan kerajaan. Kami juga kena memahami kedudukan kerajaan," katanya ketika diminta mengulas mengenai insentif kepada penjawat awam dalam Bajet 2016 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Najib, kenaikan itu akan memanfaatkan 1.6 juta penjawat awam melibatkan peruntukan RM1.1 bilion.

Senada dengan Azih, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Hashim Adnan berpendapat langkah berkenaan menunjukkan negara masih berada pada landasan ekonomi yang kukuh berbanding banyak negara lain.

Najib turut mengumumkan pemberian khas RM500 kepada semua penjawat awam dan bayaran khas RM250 kepada 700,000 pesara kerajaan dengan jumlah keseluruhan hampir RM1 bilion, yang akan dibayar pada Januari 2016.

"Perubahan ekonomi dunia tidak menghalang pemberian ini, kita harus melihatnya secara positif. Negara lain ada yang muflis, namun kita masih mampu membayar gaji bulanan serta kenaikan walaupun nilai mata wang jatuh," katanya.

Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Tan Sri Raja Wan Mahmood Pawan Teh pula menarik perhatian  ramai pesara hidup di bawah paras kemiskinan dan agak terbeban dengan kos sara hidup yang meningkat pada masa ini. – Bernama





##



tak bermoral konon....ambik duit derma rm 2.6 bilion  masuk akaun sendiri...lepas tu kencing kakitangan kerajaan bagu sagu hati rm 500  macam duit cuci jamban bini dia...dah lah duit KWSP  akaun 2  kakitangan habis di rembat masuk dalam KWAP yang di buat joli  melabur dalam 1 mdb hangus begitu sahaja....bermoral kah macam ini..?

akibat ketirisan belanja dan rasuah peringkat tertinggi tidak di hapuskan sama sekali,,natijah kakitangan kerajaan yang sepatut  tidak termasuk dalam golongan miskin menanggung padahnya..


petikan di mana najib perlekeh  moral kakitangan awam...


SALAH DI SEGI MORAL UNTUK MEMINTA BONUS - NAJIB Bernama 4/11/2009 KUALA LUMPUR

Perdana Menteri berkata adalah salah di segi moral untuk meminta mendapatkan bonus kerana negara ini masih bergelut untuk keluar dari kemelesetan ekonomi dan ramai pekerja di sektor swasta dibuang kerja. "Adalah salah di segi moral untuk meminta mendapatkan bonus apabila ekonomi belum pulih.

Saya sentiasa memberitahu Ceupacs (Presiden Omar Osman) bahawa ia tidak boleh bertindak seperti kesatuan sekerja, setiap kali meraung meminta bonus (setiap kali pembentangan bajet) kerana anda mahu menjadi (kekal) popular di kalangan ahli anda," katanya. Cuepacs, badan induk bagi kesatuan pekerja sektor awam, kini mendesak kerajaan untuk mendapatkan bonus dua bulan bagi 1.2 juta kakitangan awam di negara ini.

"Di dalam sektor swasta, pekerjanya dibuang kerja dan ia tidak berlaku di dalam perkhidmatan kerajaan. "Bagaimana pun, itu tidak bermakna pekerja cemerlang tidak boleh diberi ganjaran tetapi malangnya sistem sedemikian tidak diwujudkan. "Jika kita ada sistem yang memotivasikan mereka, tenaga kerja awam juga boleh meningkat untuk menjadi pekerja berprestasi tinggi. Kita sepatutnya memberi ganjaran kepada mereka.

"Kita tidak sepatutnya membiarkan mereka menjadi yang kedua terbaik, tingkatkan prestasi mereka. "Benar, sesuatu bantuan yang kecil perlu dihulurkan," katanya, sambil menyatakan bahawa "ia seperti permainan golf, sedikit handicap, tetapi mereka perlu mengurangkan lebih masa, dari 24 kepada 18, 12 dan kemudiannya satu angka dan bersaing secara setara dengan pekerja lain.

"Ia juga sama dengan Bumiputera; dari masa ke semasa mereka perlu mengurangkan handicap masing-masing. "Anda tidak boleh berada pada 24 sepanjang masa. Saya mengimpikan satu hari nanti apabila Bumiputera berupaya bersaing dengan sesiapa pun yang tiada handicap. Hari itu akan tiba. Jadi, kita kurangkannya perlahan-lahan.

Bukan Bumiputera merasakan sistem semasa tidak adil tetapi saya jadikannya lebih adil. Setiap rakyat Malaysia akan dilayan dengan adil di negara ini," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, semasa berucap di Forum Majlis makan Tengah Hari Perniagaan Bankers' Club.

Dua pakej rangsangan RM67 bilion kerajaan telah membantu menampan kesan kemelesetan ekonomi global. Sehubungan itu, ekonomi negara ini dijangka mengecut hanya 3.0 peratus pada tahun ini, iaitu lebih rendah daripada unjuran lebih awal iaitu penguncupan sebanyak 4.0 hingga 5.0 peratus. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ini dijangka mengembang kira-kira 3.0 peratus pada tahun depan. Kerajaan telah mengambil langkah berani untuk mengurangkan defisit Kerajaan Persekutuan pada tahun depan kepada 5.6 peratus berbanding 7.4 peratus tahun ini.

BERNAMA



lu dah rembat duit KWAP   kakitangan awam...dah lah tu potongan majikan untuk kakitangan awam di hadkan kepada 3 tahun...kakitangan awam apa yang ada tinggal...tu pasal bonus mengantikan apa yang kerajaan dah rembat. ini tidak apa yang tinggal nak di rembat..ganti 2 kenaikan gaji tahun 2016  nampak sangat kelentong

JUSA ke atas boleh gaji ribu ribu ada elaun itu dan ini..pencen pulak boleh pulak jadi penasihat / pengerusi syarikat itu dan ini...lebih lebih yang kroni..yang golongan pertengahan dan bawahan apa cer...

dengan kenaikan harga barangan termasuk GST yang melampau  hingga kini dah sepatut nya kakitangan dapat apa yang telah di ambil oleh kerajaan dengan cara yang tak sepatotnya

kesimpulannya...siapa yang tidak bermoral sekarang..?


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI