ulamak tolol...marah DAP pasal tentang hudud...tapi UMNO yang tentang keras hudud..lu tak ambil kira...lu punya sifu kata hak DAP tentang hudud..amacam...lu munafik atau lu punya sifu yang munafik...!!!



Perasaan marah PAS hanya ditujukan kepada DAP, namun tidak PKR menyebabkan parti Islam itu memutuskan 'tahaluf siyasi' dengan parti demokratik itu tetapi masih kekal dalam Pakatan Rakyat (PKR), kata Datuk Dr Mahfodz Mohamed.

Ketua Dewan Ulama parti itu berkata, walaupun PKR juga turut tidak bersetuju dengan hudud, tindakannya tidak 'sekeras' apa yang dilakukan DAP.

"Sebab itulah kita merasakan masih perlu bersama dalam PR, khususnya PKR. Usul ini pandangan Dewan Ulama, tidak tahu sama ada akan diterima atau tidak," katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama Utusan Malaysia edisi mingguan hari ini.

Kenyataan beliau itu dipercayai bagi menjelaskan keputusan Dewan Ulama dalam muktamar tahunannya minggu ini menghentikan hubungan dan kerjasama dengan DAP sepertimana diusulkan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pahang Mokthar Senik.

Mahfodz berkata kepada akhbar milik Umno itu, walaupun 2 parti itu tidak berkongsi dasar yang sama, PAS lebih senang berunding dengan PKR mengenai sebarang isu termasuk hakikat yang kepimpinan tertinggi parti berkenaan dipegang Melayu Islam.

"Walaupun dasar PKR tidak sama dengan dasar PAS, tetapi DAP lebih keras penentangannya terhadap hudud. Kebetulan pula PKR masih dikuasai oleh orang Melayu Islam.

"Kalau dengan PKR, kita boleh berunding, tetapi dengan DAP, mungkin tidak boleh berunding," katanya.

Malah beliau turut mengakui kemenangan golongan ulama dalam pemilihan PAS, yang dianggap mencipta 'gelombang' oleh ahli parti, sebagai tindak balas kepada 'kebiadaban' DAP terhadap presiden parti Islam Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Hari ini apabila DAP menghentam Hadi dan PAS, maka Dewan Ulama rasa bertanggungjawab untuk kita beri respons kepada mereka," katanya.

Belia berkata, ia termasuk keputusan meluluskan usul itu sebulat suara tanpa bantahan, menjadikannya satu amaran kepada DAP supaya berhenti menyerang PAS.

"Tujuan kita untuk DAP berhenti daripada cakap-cakap perkara itu. Tutup mulut mereka sedikit.

"Nampaknya mesej kita dah sampai. Lim Guan Eng pun dah nampak senyap sikit," katanya dipetik berkata kepada akhbar itu.

Mahfodz dilaporkan berkata, beliau difahamkan, usul memutuskan kerjasama politik dengan DAP akan diluluskan kepimpinan tertinggi parti tanpa dibahaskan.

Dalam wawancara tersebut, beliau juga menyentuh mengenai kemenangan majoriti golongan ulama yang disifatkannya memudahkan kerja presiden.

Katanya, selepas ini Hadi akan lebih senang membuat keputusan menyentuh dasar parti berbanding sebelum ini di mana beliau mengalami kesukaran berbuat demikian.






##



kepala hotak lu...lebih senang berunding  dengan PKR...dalam masa   puak lebai penipu macam lu tikam  anwar ibrahim dan PKR dari belakang...tengok krisis  MB di selangor sudah lah...lebai lebai ini berpura pura bersekongkol dengan puak istana yang pro UMNO....agak nya dengan PKR senang nak kencingkan setelah anwar ibrahim di penjara

nampaknya orang berserban  tinggi pun kita rakyat kena jaga...bila amalan dia rasa dah cukup tinggi perasaan bongkak  menguasai diri...sibuk marah DAP,...tapi lupa  kata kata sifu  tolol...hadi tolol pasal DAP



ulamak tolol ini lupa yang UMNO juga penentang lagi keras  hudud...sebab UMNO yang memerintah negara ini yang ada kuasa..yang ini tak mahu sebut ke..? atau UMNO pura pura berlembut pasal hudud untuk memporakperandakan PAS dan pakatan rakyat...yang ini agenda jahat UMNO dah berjaya...ya berjaya menipu dan memperdaya lebai lebai tolol dalam PAS...!!!







Oh....hanya marah DAP dan bukan PKR ? Tetapi PKR pun ada marah PAS oleh kerana pengkhianatan hadi terhadap PKR berulang kali.

Ulamak PAS ini tak tau malu . PKR ini senyap dan PAS fikir mereka ini "push over" !!!


Ulamak dalam PAS dah buat keputusan. Apa hendak lagi? LGE bukan menghalau tetapi hanya menyindir dia akan terima perletakkan jawatan dengan tangan terbuka tanpa soalan.

Tak kan lah itu pon tak faham??..Kesian pak Pandir moden...... Orang dahulu kurang ilmu banyak amalan tetapi orang sekarang banyak ilmu tetapi kurang amalan....dengan secebis kertas (ijazah) dah mengaku ularmakkkkkkkkkkkkkkk.


Ulama jangan guna alasan ini nak tinggal dengan Pakatan dan tunjuk kepada rakyat ulama ini baik sangat. Ini permainan yang diajar Umno sebaik sahaja TGNA sudah tiada.

Semua ini tunggu dah lama kerana TGNA panjang umur. Mengapa tidak kecam fitnah terhadap Anwar Ibrahim ? Lagi Hadi kata Umno tak seburuk firaun. Tidak mencerminkan ajaran Islam langsung


Bersih sangat ke hati geng2 ustaz, menjebon dan membaruakan serta memfitnah sahabat2 sejemaah pulak tu...tolol....!!!

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI