transplan tengkorak dan kulit kepala pertama di dunia




BOYSEN dan teman wanitanya, Kay Mouser berbual di katilnya di Hospital Methodist Houston di Texas pada Rabu lepas.

WASHINGTON – Doktor-doktor Amerika Syarikat (AS) memuji satu pembedahan sukar sebagai yang pertama di dunia selepas melakukan pemindahan tengkorak dan kulit kepala ke atas seorang pesakit kanser yang turut menerima ginjal dan pankreas baharu semasa prosedur tersebut.

Seorang pembina perisian berusia 55 tahun, James Boysen   menjalani pembedahan selama 15 jam itu yang dibantu oleh 50 profesional perubatan, menurut Pusat Kanser MD Anderson di Houston kelmarin.

Menurutnya, pembedahan bersejarah itu menjadikan Bosyen sebagai pesakit pertama menerima transplan tisu tengkorak dan kulit kepala bersama pemindahan organ pe­pejal.

Pembedahan itu yang dilakukan di Hospital Methodist Houston dicadangkan hampir empat tahun lalu tetapi hanya dilakukan pada 22 Mei lepas, sekitar 20 jam selepas doktor-doktor diberitahu bahawa organ yang diperlukan sudah tersedia.

“Pembedahan ini amat kompleks kerana kami terpaksa memindahkan tisu manusia menggunakan teknik pembedahan mikro,” kata ketua pasukan bedah plastik Hospital Methodist Houston, Michael Klebuc.

“Kami menghubungkan salur darah bersaiz 1.5 milimeter di bawah mikroskop menggunakan benang halus berukuran separuh diameter rambut manusia dengan perkakasan yang digunakan untuk membuat jam ta­ngan Swiss terbaik,” tambahnya.

Boysen yang merupakan penduduk Austin menghidap leiomyosarcoma, sejenis kanser yang menyerang otot manusia di kulit kepalanya pada 2006.

Barah itu berjaya dirawat tetapi menyebabkan luka besar pada kulit kepala dan tengkorak pesakit.

Dia juga pernah menjalani pemindahan pankreas dan ginjal pada 1992 tetapi organ tersebut perlu ditukar sekali lag

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI