Setelah cipta model TV paling nipis kini LG dari korea cipta model TV boleh gulung seperti kertas







SEOUL — Setelah berjaya memperkenalkan model televisyen paling nipis di dunia yang boleh dilekatkan di permukaan dinding macam wallpaper bulan lalu  ( baca berita di bawah ini ), kali ini LG bakal muncul dengan model yang lebih canggih.

Firma gergasi elektronik Korea Selatan itu dilapor akan mempamerkan set televisyen saiz kecil dengan skrin boleh digulung sehingga ukur lilit 3 sentimeter seumpama kertas tanpa menjejaskan langsung kualiti lapisan layar.

Ia masih lagi mengguna pakai teknologi televisyen keluaran LG sebelum ini iaitu OLED atau organic light-emitting diode yang dahulunya seumpama kertas dinding untuk ditampal pada ruang permukaan dinding rumah.


Kini teknologi OLED ini diubah suai agar boleh digulung, namun buat permulaan LG hanya mencipta skrin kecil berukuran 18 inci sebelum meningkatkan saiz TV super-tipis itu sehingga lebih 60 inci menjelang tahun 2017.

Prototaip model paling canggih tersebut yang ideanya sudah didedahkan kepada umum sejak tahun lalu; bakal dipamerkan menerusi persidangan Society for Information Display 2015 di Amerika Syarikat pada Ahad ini.

OLED dijangka menjadi model televisyen masa depan dan bulan lalu, LG melancarkan beberapa model yang menggunakan teknologi ini dengan saiz ukuran 55 inci yang tebalnya pula kurang daripada 1 milimeter.

Layar OLED menghasilkan cahaya sendiri sehingga tidak memerlukan bantuan backlight atau cahaya belakang seperti model televisyen skrin rata biasa sekali gus membolehkan LG menghasilkan televisyen super-tipis.

Setakat ini jenama elektronik besar seperti Samsung dan Sony juga telah menghasilkan TV skrin OLED namun, jumlah pengeluaran mereka pada waktu ini masih rendah menyebabkan harga produk menjadi relatif mahal.

Harga TV OLED 65 inci keluaran LG, misalnya mencecah AS$9,000 (RM33,300) tetapi syarikat itu yakin dengan masa depan teknologi tersebut sejajar dengan kecanggihan industri penyiaran dunia



model televisyen paling nipis di dunia







SEOUL - Berbanding zaman nenek moyang kita dahulu, set peti televisyen moden kini bukan sahaja sangat langsing, bahkan senipis kertas dan itulah dipertontonkan oleh firma elektronik terkenal LG dari Korea Selatan.

Menerusi sebuah acara khas pada Selasa lalu, buat julung kali syarikat itu menampilkan TV OLED (Organic Light Emitting Diode) dengan saiz 55 inci yang tebalnya tidak sampai pun 1 milimeter dan berat hanya 1.9 kilogram.

Ia disifatkan paling ringan dan tipis sehingga tidak memerlukan kelip permukaan atau mounting bracket yang lazimnya digunakan untuk televisyen skrin rata biasa dipasang tergantung melekat pada lapisan dinding.


Cukup dengan bantuan sekeping ‘karpet’ magnet yang diletakkan di bahagian belakangnya, set TV ini sudah dapat ditampalkan ke dinding sehingga tampil tidak ubah macam kertas dinding atau wallpaper seumpama poster.

Untuk melekat TV ini cukup dengan ‘mengupas’ tubuh langsing pada televisyen ini yang juga fleksibel anjal daripada permukaan karpet magnet, seperti lapisan perlindungan skrin telefon pintar atau filem cermin kereta.

Sayangnya walaupun nampak cukup menarik dan futuristik, TV OLED senipis kertas ini masih lagi dalam peringkat konsep prototaip produk waima belum dikeluarkan untuk pasaran oleh kilang LG sendiri.


Penampilannya di Korea Selatan itu pun sebahagian daripada kempen promosi LG bagi memaparkan projek masa depannya, di mana teknologi OLED diyakini akan membawa dimensi gaya hidup baharu dunia penyiaran.

Layar OLED ini menggunakan lapisan organik dan memungkinkan terciptanya layar tipis yang juga fleksibel serta boleh dilengkuk mengikut permukaan dinding sambil tidak ‘membazirkan’ banyak sangat ruang lapang.

Material organik ini pun mampu menghasilkan cahaya sendiri sehingga tidak memerlukan penembakan cahaya belakang atau backlight, sekali gus dapat mengatasi masalah silau atau pembiasan

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI