cadangan bina tandas dalam Lif
KERAJAAN Jepun kini sedang mempertimbangkan cadangan untuk menyediakan perkhidmatan tandas awam di dalam lif.
Cadangan itu timbul berikutan kejadian gempa bumi yang sering berlaku di negara itu.
Penyediaan tandas di dalam lif adalah untuk membantu orang ramai yang terperangkap semasa kejadian gempa bumi berlaku.
Mangsa-mangsa gempa bumi sering terperangkap di dalam lif selama berjam-jam dan juga berhari-hari akibat bencana gempa bumi yang sering berlaku di negara Asia Timur itu.
Jepun dilanda gempa bumi sekuat 7.8 magnitud Sabtu lalu, menyebabkan ribuan mangsa terperangkap di dalam lif tanpa kemudahan air dan tandas selama berhari-hari.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI