harap nama terkenal tapi kencing bersepah

BINTANG bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo sering digambarkan mempunyai personaliti yang mengagumkan seperti sopan santun dan pemurah.

Tapi malangnya, keperibadian dan ketampanan pemain bagi pasukan Real Madrid ini mungkin tercalar selepas fotonya melakukan aksi memalukan berjaya dirakam paparazi.

Semuanya gara-gara sikap tidak senonoh Cristiano yang selamba membuang air kecil secara sebarangan berhampiran sebuah kereta di bahu jalan.

Gambar aksi jejaka kacak itu sekali gus menjadi viral dan hangat diperkatakan di media sosial.

,ketika kejadian, Cristiano atau terkenal dengan gelaran CR7 dikatakan baru pulang selepas berparti di sebuah kelab di St Topez.

Menerusi foto yang dirakam, CR7 dilihat bersembunyi di sebalik sebuah kereta untuk membuang air kecil sambil diawasi seorang pegawal peribadi.

Selang beberapa saat kemudian, jejaka 30 tahun itu dilihat berjalan keluar diiringi beberapa orang polis dan pengawal peribadinya.

Dalam pada itu, gambar tersebut mencetuskan reaksi negatif ramai pengguna Internet yang menyifatkan tindakan CR7 sebagai sesuatu yang memalukan dan tidak baik kerana sebelum ini pemain bola sepak ini sering dijadikan ikon terbaik kepada kanak-kanak dan remaja





About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI