stylus dengan kawalan suara



Samsung mempunyai banyak paten yang berinovasi dan berteknologi terkini seperti peranti dua skrin melengkung. Kini mereka memfailkan sebuah lagi paten untuk fungsi unik peranti yang mempunyai stylus terbina. Paten terkini ini membolehkan stylus yang tersimpan di dalam tubuh peranti (seperti Galaxy Note misalnya) untuk dikeluarkan secara automatik dengan menggunakan kawalan suara. Stylus ditolak keluar menggunakan sistem elektromagnet.  Jika paten ini menjadi realiti keperluan untuk mencungkil keluar stylus dari tempat penyimpanannya akan menjadi perkara silam. Pada waktu yang sama aplikasi yang akan digunakan bersama stylus boleh dilancarkan serentak dengan kawalan suara.

Tidak diketahui adakah ini akan menjadi realiti pada Samsung Galaxy Note 5 kelak. Jika anda ingat paten untuk skrin sisi dipatenkan oleh Samsung setahun sebelum ianya menjadi realiti pada Galaxy Note Edge. Mungkin fungsi stylus terkeluar secara automatik ini akan wujud pada Galaxy Note 6. Sama-samalah kita nantikan.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI