marah kucing....wanita gigit teman lelaki




BERLIN – Berang digigit seekor kucing, seorang wanita membalas dendam dengan menggigit dan memukul berulang kali teman lelakinya, yang juga pemilik haiwan itu, kata polis, semalam.

Jurucakap polis berkata, wanita berusia 26 tahun itu diserang kucing peliharaan teman lelakinya berusia 39 tahun, di bandar Hagen, awal pagi kelmarin.

Mengikut kenyataan polis, pergaduhan berlaku antara wanita dan pemilik haiwan itu yang menyaksikan lelaki terbabit dipukul dan digigit berulang kali.

Lelaki berkenaan cuba menghubungi polis tetapi kekasihnya berulang kali merampas telefon bimbit daripada tangan hinggalah dia berjaya melepaskan diri dan membuat panggilan susulan.

Lelaki itu dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan manakala wanita itu, yang didakwa melakukan keganasan domestik, dilarang mendekati kediaman mereka selama 10 hari.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI