padah tonggak arak buatan sendiri lebih 90 orang mati




MAYAT seorang mangsa arak buatan sendiri disiapkan untuk dikebumikan anggota keluarganya di Mumbai, semalam.

Mumbai – Sekurang-kurangnya 94 penduduk sebuah kawasan setinggan di bandar raya ini mati selepas minum arak buatan sendiri.

Polis berkata, lebih 45 lagi dirawat di hospital dalam bencana terbaru yang membabitkan arak buatan sendiri.

Setakat ini pilis menangkap lima orang yang disyaki bertanggungjawab dalam kejadian di kawasan barat Mumbai itu sejak ia bermula Rabu lalu.

“Lebih 150 orang minum arak itu. Angka kematian mungkin meningkat,” kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Mumbai Dhananjay Kulkarni.

Menurutnya, lapan anggota polis digantung tugas kerana cuai sehingga menyebabkan kejadian itu.

Arak buatan sendiri biasanya menggunakan methanol beracun dan amat popular dalam kalangan penduduk miskin di India kerana harganya murah.

Lebih 140 orang terbunuh di Benggala Barat pada 2011 selepas minum arak buatan sendiri

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI