kapal penumpang terbesar di dunia




KAPAL Harmony of the Seas berada di kawasan limbungan STX Les Chantiers de l’Atlantique di Saint-Nazaire,Perancis kelmarin.

SAINT-NAZAIRE – Kerangka gergasi kapal penumpang terbesar di dunia berada di laut di barat Perancis kelmarin dengan para pekerja merancang menyiapkannya untuk pelayaran pertama pada 2016.

Kapal itu, Harmony of the Seas sedang dalam pembinaan sejak September 2013 di beberapa buah limbungan di Saint-Nazaire.

Apabila siap kelak, kapal itu akan memiliki berat 227,000 tan dengan panjang 362 meter, 50 meter lebih panjang daripada ketinggian Menara Eiffel.

Harmony of the Seas juga satu meter lebih lebar daripada dua kapal persiaran terbesar dunia masa kini yang juga sepanjang 362 meter.

Allure of the Seas dan Oasis of the Seas yang merupakan kapal penumpang terbesar di dunia itu memiliki lebar 65 meter dengan setiap satu seberat 225,000 tan.

Ketiga-tiga kapal itu dimiliki olef firma Royal Caribbean International.

Kira-kira 2,500 orang bekerja untuk membina Harmony of the Seas yang memerlukan karpet seluas 90,000 meter persegi dan 500,000 liter cat.

Beberapa pelayaran ujian akan dilakukan pada pertengahan Februari 2016, manakala pelayaran pertamanya dirancang pada Mei tahun depan melibatkan perjalanan dari Southampton di Britain menuju ke bandar raya Barcelona, Sepanyol.

Kapal Harmony of the Seas memiliki bilik untuk 6,360 penum­pang dan 2,100 krunya.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI