sayangilah kucing....cekal menyusukan anak walaupun di langgar

Naluri ibu yang mengasihi anak-anak sememangnya menjangkaui sempadan hidupan, sama ada manusia mahupun haiwan.

Ramai pengguna pasti  tersentuh melihat ketabahan seekor ibu kucing yang sanggup menyusukan anak-anaknya walaupun dalam keadaan berdarah.

Si ibu kucing itu telah dilanggar oleh sebuah kenderaan namun dia tetap pulang dalam keadaan parah untuk memberi susu kepada empat ekor anaknya. Kagum kan?

Namun  tentu  ada  yang risau dengan kondisi kucing itu dan nasib yang bakal menimpa anak-anaknya andai si ibu tidak dapat diselamatkan.

Walaupun begitu ibu kucing terbabit berjaya dirawat dan hampir pulih dari kecederaan.

Walaupun mengalami path tulang dan kecederaan mata yang serius namun si ibu berjaya diselamatkan.

Kisah ini menunjukkan satu sisi persamaan antara manusia dan haiwan iaitu kedua-duanya dikurniakan dengan perasaan cinta dan sayang walaupun manusia diberikan kelebihan akal.

Sayangnya, segelintir individu memilih untuk meletakkan diri mereka lebih rendah dari haiwan apabila sanggup membuang malah membunuh bayi sendiri.




About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI