pejuang taliban serang parlimen afghanistan



SEORANG anggota keselamatan Aghanistan mengawal pintu masuk bangunan Parlimen di Kabul selepas satu serangan dilancarkan pejuang  Taliban

KABUL – Dua orang termasuk seorang kanak-kanak mati apabila sekumpulan pejuang  Taliban melancarkan serangan ke atas Parlimen Afghanistan semalam yang mencetuskan beberapa letupan dan menyebabkan anggota-anggota Parlimen bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Serangan itu berlaku ketika calon menteri pertahanan Afghanistan diperkenalkan kepada Parlimen.

“Beberapa pejuang mujahidin (Taliban) memasuki bangunan Parlimen, pertempuran sengit berlaku,” kata jurucakap Taliban, Zabihullah Majid di laman sosial Twitter.

“Terdahulu, sebuah bom kereta diletupkan di jalan utama berhampiran bangunan Parlimen. Sekumpulan penyerang kemudian memasuki sebuah bangunan di hadapan Parlimen,” kata jurucakap polis Kabul, Ebadullah Karimi.

Jurucakap kementerian dalam negeri, Najib Danish pula memberitahu bahawa terdapat tujuh penyerang, manakala 31 orang termasuk lima wanita dan seorang kanak-kanak cedera dalam kejadian tersebut.

“Dewan Parlimen dipenuhi asap dan wakil-wakil rakyat mula meninggalkan bangunan Parlimen,” kata seorang anggota Parlimen, Mohammad Reza Khoshak.

Kumpulan pejuang Taliban melancarkan serangan di seluruh Afghanistan sejak hujung April lalu dan meningkatkan serangan ke atas bangunan kerajaan dan kepentingan asing dalam musim pertempuran kali ini yang dijangka paling berdarah sejak 10 tahun lalu.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI