russia tayang kereta kebal baru




Moscow: Kereta kebal baru Russia, Armata, semalam dilihat buat kali pertama di tempat awam apabila ia dipandu di sini menuju ke Dataran Merah untuk raptai terakhir sambutan perbarisan Hari Kemenangan.

Kementerian Pertahanan Russia bulan lalu menunjukkan gambar kereta kebal itu tetapi turetnya dibungkus dengan fabrik dan hanya pelantarnya dapat dilihat.

Semalam kali pertama kereta kebal itu ditunjukkan sepenuhnya di tempat awam.

Armata akan menjadi tumpuan utama perarakan tentera Sabtu ini sempena ulang tahun ke-70 kemenangan Russia ke atas Nazi Jerman dalam Perang Dunia Kedua.

Kira-kira 200 kelengkapan tentera dan 16,500 tentera mengambil bahagian dalam perarakan itu.
Pakar berkata, Armata mengatasi semua versi kereta kebal Barat.

Kereta kebal itu adalah yang pertama menggunakan kapsul perisai dalaman untuk menempatkan tiga anggota dan turet yang boleh dikawal dari jarak jauh.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI