orang minyak yang kurang minyak...kantoi selepas terjatuh dari pohon palma
SUSPEK (dalam bulatan) berjaya diberkas selepas terjatuh dari pokok dalam keadaan bogel di luar bangunan asrama sebuah IPTA di Bangi,
Bangi: Tidak ubah seperti ‘orang minyak’ apabila seorang lelaki bogel memanjat bangunan asrama sebelum menyerang penuntut wanita sebuah pusat pengajian tinggi awam (IPTA) di sini.
Dalam kejadian jam 6.45 pagi kelmarin, suspek berusia 23 tahun itu bagaimanapun berjaya ditangkap selepas terjatuh dari pelepah pokok palma ketika cuba melarikan diri.
Suspek sebelum itu menyelinap masuk ke penempatan pelajar wanita IPTA itu melalui lubang udara yang terdapat di bangunan berkenaan tanpa disedari pengawal keselamatan.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kejadian berlaku ketika mangsa mangsa berusia 20 tahun itu sedang mandi di tingkat satu bangunan asrama itu.
Menurutnya, mangsa bagaimanapun berasa pelik apabila mendapati lampu di bilik air itu menjadi malap.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI