‘BARUA’ khusus untuk Khalid, bukan seluruh warga polis ...bukan semua anggota polis itu jahat dan bersikap berat sebelah tak gitu....cuma yang makan cili ajer yang terasa pedas...!!!



Perkataan “barua” yang digunakan Mohamed Azmin Ali ketika berkempen di Permatang Pauh baru-baru ini memang wajar ditujukan khas kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar

Merujuk kenyataan Pengerusi Persatuan Pegawai Kanan Polis Datuk Shah Gzali Khan Shahadad, yang berkata Azmin mengguris hati seluruh anggota polis dengan menggunakan perkataan "barua" dan "bacul".

Pertanyaan Azmin apakah KPN itu 'barua' kepada parti pemerintah adalah demi kebaikan keseluruhan institusi dan pasukan polis itu sendiri agar bukan sahaja bebas daripada pengaruh politik, tetapi juga benar-benar dilihat bebas oleh masyarakat.

Persoalan yang ditanya itulah yang perlu dijawab oleh KPN secara peribadi dan bukannya membiarkan Persatuan Pegawai Kanan Polis mengeluarkan kenyataan yang sangat berbeza maksudnya.

Isnin lalu, Azmin dilaporkan sebuah portal bertanya kepada orang ramai yang hadir majlis ceramah di Permatang Pauh: "SB (Cawangan Khas) ada di belakang? Kalau ada datang depan. Saya tak takut. Beritahu Ketua Polis Negara, tolonglah, nak jadi Ketua Polis yang menjaga keselamatan rakyat atau nak jadi barua Umno dan BN?" kata Azmin disambut sorakan.

Namun Shah Ghazali pula  mendesak Azmin memohon maaf secara terbuka kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), sambil berkata PDRM menjalankan tanggungjawab terhadap rakyat tanpaberkiblatkan fahaman politik, bangsa ataupun agama.

"PDRM tidak pernah mencampuri urusan politik dan tidak sesekali berkiblatkan mana-mana parti politik.

"Ini jelas dengan perkhidmatan profesional dan kerjasama erat yang diberikan di negeri yang diperintah pembangkang," katanya.

Apa dia  ini fikir rakyat sangat bodohkan menilai  budipekerti  PDRM  yang kononnya nampak tidak  bersikap berat sebelah..?

Penegasan itu tidak bermakna kerana layanan yang diberikan kepada aktivis dan pimpinan Pakatan Rakyat (PR) berbeza sama sekali dengan yang diberikan terhadap pemimpin Barisan Nasional.

Sambil mengingatkan insiden mantan KPN memukul Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, Tiada tindakan diambil terhadap pemimpin Umno, termasuk abang Khalid yang terlibat dalam demonstrasi di luar sebuah gereja di Petaling Jaya, bulan lalu.

Meskipun disoal siasat, namun proses tersebut nampaknya jauh lebih ‘lembut’ berbanding yang dikenakan terhadap aktivis dan pimpinan PR termasuk dalam demonstrasi Hari Pekerja di ibu negara di mana puluhan tangkapan dibuat, ditahan berhari-hari dan masih dilakukan tangkapan tengah malam.

Soal siasat  untuk kroni  berkenaan sangat singkat hanya mengambil masa beberapa minit, tetapi aktivis  dan pimpinan PR dibiarkan berada di balai menunggu berbelas dan berpuluh jam.

Apakah KPN tidak sedar hal itu? Kenapa perlu ada perbezaan layanan?

Azmin sering menyatakan yang  pihaknya tidak bermusuh dengan anggota polis peringkat bawahan terutamanya yang menjalankan tugas secara profesional.

Kita pun  sedar ramai anggota keselamatan dan polis terutama peringkat bawah yang menjalankan tugas dengan baik dan hanya mengikut arahan.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI