gigi tertanam dalam tangan





LONDON – Seorang pemuda berusia 19 tahun terkejut selepas mendapati penyebab tangannya membengkak adalah sebatang gigi yang melekat di dalam tangannya, tanpa disedari.

Gigi siong itu tertanam di bahagian jari tengah dan jari manis.

Lelaki berkenaan memaklumkan sebelum kejadian, dia bermain tinju dengan adiknya dan secara tidak sengaja telah tertumbuk muka adiknya.

“Jari saya luka tetapi dan hanya dibiarkan begitu sahaja. Saya tidak tahu gigi adik saya tercabut kerana selepas terkena tumbukan itu dia telah keluar dari rumah,’’ katanya.

Selepas tangannya terluka, dia hanya membasuh luka berkenaan dan kemudian tidur.

Namun selepas bangun tidur, dia mendapati tangannya membengkak serta amat sakit.

Dia kemudiannya mendapatkan rawatan di hospital dan selepas x-ray dilakukan barulah doktor berjaya mengesan gigi berkenaan.

Pembedahan terpaksa dilakukan bagi mengeluarkan gigi tersebut dan pada masa yang sama bagi mengelak jangkitan kuman.

Tisu tangan di sekeliling gigi yang tertanam itu dikesan sudah mati.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI