patotnya di negara ini...pasangan yang belum berkahwin dilarang naik motosikal bersama seperti yang dia amalkan di aceh...!!!
9:01 PTG
aceh
,
belum kahwin
,
berita
,
larang
,
luar negara
,
motorsikal
,
naik bersama
,
pasangan
,
tidak sopan
Edit
SEORANG lelaki dan wanita menunggang sebuah motosikal di Banda, Aceh kelmarin.
BANDA, Aceh – Sebuah daerah di Aceh meluluskan undang-undang baharu melarang lelaki dan wanita belum berkahwin daripada bersama menaiki motosikal.
Seorang wakil rakyat, Fauzan Hamzah berkata, anggota-anggota Parlimen daerah Aceh Utara meluluskan peraturan tersebut pada minggu lalu.
“Ia akan dikuatkuasakan dalam tempoh setahun,” kata Fauzan.
“Pasangan belum berkahwin yang duduk dalam keadaan rapat di atas motosikal jelas melanggar hukum syarak dan boleh membawa kepada maksiat,” tambahnya.
Aceh yang terletak di utara Pulau Sumatra merupakan satu-satunya wilayah Indonesia yang dibenarkan melaksanakan undang-undang Islam dengan perbuatan homoseks, judi dan minum arak boleh dihukum rotan.
Wilayah itu mula melaksanakan hukum syarak selepas diberikan kuasa autonomi khas pada 2001 dalam usaha Jakarta menamatkan penentangan puak pemisah.
Langkah terbaharu melarang menunggang motosikal bersama yang akan melibatkan lebih 500,000 orang di Aceh Utara dibuat selepas sebuah bandar di Aceh mengharamkan kaum wanita daripada mengangkang semasa membonceng motosikal.
Mereka sebaliknya diminta untuk duduk secara menyamping supaya kelihatan lebih sopan
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI