polis di india menipu dalam peperiksaan sementara polis di malaysia jadi barua kepada pemerintah....!!!
TJ JOSE
NEW DELHI – Seorang pegawai kanan polis di selatan India telah digantung tugas selepas dia didakwa menipu semasa menduduki peperiksaan undang-undang, menurut laporan akhbar semalam.
Menteri Dalam Negeri Kerala, Ramesh Chennitala berkata, satu siasatan telah dibuka bagi menyiasat insiden yang dianggap memalukan polis dan negeri ini, lapor akhbar Telegraph.
Ketua Polis Bandar Thrissur, Inspektor Jeneral TJ Jose didakwa menyalin jawapan daripada halaman buku teks yang dikoyak ketika menduduki peperiksaan kelmarin.
Akhbar Times of India bagaimanapun melaporkan bahawa Jose menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa itu adalah konspirasi untuk menentang beliau.
Bagaimanapun, Jose mengaku, pegawai atasan telah memanggil beliau untuk memberi penjelasan mengenai insiden tersebut.
Pada Mac lalu, lebih 1,000 orang ditahan di negeri Bihar, timur India kerana menyamar semasa menduduki ujian pemilihan polis.
Selain itu, pada bulan sama, lebih 300 orang kebanyakannya ibu bapa ditahan di negeri itu kerana membantu anak mereka menipu dan menyalin jawapan sewaktu peperiksaan sekolah
di malaysia...
‘BARUA’ khusus untuk Khalid, bukan seluruh warga polis .
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI