elak simptom penyakit kulit psoriasis



PSORIASIS menimbulkan kegatalan dan kepedihan.



BERI biru mampu mengelak psoriasis daripada lebih teruk.



IKAN antara yang memberi manfaat kepada pesakit kulit psoriasis.


Psoriasis adalah penyakit kulit kronik yang lazim dihidapi. Penyakit itu terjadi disebabkan penghasilan sel kulit yang terlalu pantas hingga menyebabkan sesetengah bahagian kulit menjadi tebal dan bersisik pada permukaan kulit.

Lebih buruk apabila lebihan kulit itu menjadi kering hingga menimbulkan rasa kegatalan dan kemerahan seterusnya menyebabkan rasa sakit, selain menjejaskan tahap keyakinan diri mereka.
Biarpun ia bukan penyakit baru, penawar kepada psoriasis masih belum dijumpai. Apa yang ada hanyalah ubat-ubatan untuk mengawal gejala supaya ia tidak memudaratkan.

Namun begitu, diet yang bersesuaian dengan setiap individu yang menghidap psoriasis mampu mengawal tahap penyakit mereka, sekali gus memberi peluang kepada penghidapnya menjalani kehidupan dengan lebih tenang.

Tiada bukti sesetengah makanan dapat memberi kesan secara menyeluruh kepada penyembuhan psoriasis.

Bagaimanapun, terdapat bukti bahawa dengan mengurangkan atau melebihkan sesetengah jenis makanan, ia dapat membantu mengurangkan simptom psoriasis.

Antara makanan yang boleh diambil untuk mengelakkan simptom penyakit kulit berkenaan daripada terus memudaratkan adalah avokado, bijirin, lobak, ikan, kekacang dan beri biru. 

Selain mempunyai zat antioksidan yang baik untuk kulit, kebanyakan makanan itu mempunyai unsur antiradang yang dapat melindungi sel tubuh. Makanan terbabit juga antara makanan kurang berlemak seterusnya baik untuk mengekalkan berat badan ideal dan mengelak obesiti.

Ini kerana kegemukan melampau juga antara faktor yang boleh menggalakkan kemunculan psoriasis.

Makanan yang tidak seharusnya diambil oleh pesakit psoriasis pula termasuk produk tenusu, gula pasir, alkohol, makanan bergoreng malah tomato. 

Secara umum, makanan berkenaan menggalakkan keradangan dalam jangka panjang pada sel dalam badan dan ini boleh memudaratkan keadaan penyakit kulit yang dihidapi, selain meningkatkan berat badan.

Walaupun hanya sedikit bukti saintifik mengenai kemudaratan tomato serta sayur-sayuran terhadap keadaan penyakit psoriasis, ada pesakit yang diselia mengatakan keadaan kulit mereka menjadi lebih teruk apabila memakan sayuran berkenaan.

Bagaimanapun , pesakit yang ingin mengawal penyakit mereka dengan berpantang perlu mencuba dan memantau kesannya terhadap kesihatan kulit serta melihat sendiri keberkesanannya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI