nakal dan enggan buat kerja sekolah ...wajarkah budak ini di rantai di papan tanda jalan
AKIBAT terlalu nakal dan enggan membuat kerja sekolah, seorang kanak-kanak telah dirantai di papan tanda jalan oleh nenek kandungnya.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Taman Maju Jaya, Bidor, Perak beberapa hari lalu.
Gambar yang menunjukkan kanak-kanak tersebut dirantai mula tersebar di laman sosial dan menjadi buah mulut ramai pengguna.
Memetik kenyataan di laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), kanak-kanak berusia tiga tahun itu dirantai selama lima minit di kawasan tersebut.
Setelah mendapat aduan dari orang ramai yang simpati akan perilaku itu, anggota polis terus bergegas ke tempat kejadian.
Siasatan mendapati, nenek kepada budak tersebut mengaku merantai cucunya kerana marah dengan perangainya yang terlalu nakal.
Hasil pemeriksaan polis di tubuh badan kanak-kanak tersebut bagaimanapun tidak menemui sebarang unsur penderaan.
Rakaman keterangan daripada nenek budak itu turut diambil untuk siasatan lanjut.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI