bukti jelas enam Myvi berlumba haram di Lebuhraya Duke
10:49 PTG
bahaya
,
berita
,
dalam negeri
,
kelab my vii
,
kemalangan
,
korban
,
lumba haram
,
my vii
,
pandu
,
video
,
yatim piatu
Edit
SEHINGGA ke hari ini, kemalangan ngeri membabitkan kereta Pajero Sport dan Perodua Myvi Di Lebuhraya Duke arah Damansara mendapat perhatian meluas rakyat Malaysia.
Susulan kamalangan yang mengorbankan tiga sekeluarga termasuk bayi berusia enam bulan itu, seorang ahli Familia Myvi Club bernama Yana cuba menafikan penglibatan rakan-rakannya yang dikatakan berlumba sekaligus menjadi punca kemalangan tersebut.
“Diorang bukan berlumba. Tolong jangan percaya pada (berita) viral yang tersebar. Mereka hanya menjalankan tugas sedangkan tidak tahu perkara sebenar,” katanya, menafikan dakwaan yang tersebar di media sosial.
Ahli Kelab MyVi Pertahan Rakan, Nafi Mereka Berlumba
Bagi memberi pencerahan kepada anda semua tentang benarkah enam pemandu Myvi tersebut berlumba atau tidak, cuba anda nilaikan sendiri rakaman CCTV di Lebuhraya Duke ini yang menampakkan gaya pemanduan mereka.( video atas )
Mereka sememangnya memandu dalam keadaan laju atau dengan kata lainnya, sedang BERLUMBA.
Rakaman berdurasi 30 saat itu memaparkan aksi pemanduan berbahaya daripada keenam-enam suspek dan kini pihak polis sedang menjalankan siasatan.
Kepada insan bernama Yana, tidak perlulah back-up kawan-kawan sekalipun anda tahu cerita sebenar
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI