kelab myvii jadi kelab lumba haram...bila dah ada yang jadi korban...jangan nak nafikan pulak bro....!!!





Disebabkan kemalangan awal pagi kemalangani, dua kanak-kanak perempuan dalam gambar ini menjadi yatim piatu sekelip mata..

Gambar Keluarga Mangsa (Pajero Sports) Maut Dilanggar Myvi 2 Mei 2015

Mangsa Fairuz Nizam (Suami) dan Novasafitri (Isteri) dan seorang bayi berusia 6 bulan maut dalam insiden nahas lumba haram Myvi langgar Pajero Sport. Mangsa turut meninggalkan lagi 2 orang anak yang tidak turut sama dalam kejadian tersebut.



yatim piatu...mangsa  kemalangan lumba haram





Bayi yang berusia enam bulan  jadi mangsa   terkorban dalam nahas kemalangan ini.


MALANG sememangnya tidak berbau tapi jika ‘sudah terang lagi bersuluh’ mengapa masih hendak pertahankan sesuatu yang salah?

Dari awal pagi hingga kini, kemalangan ngeri membabitkan kereta Pajero Sport dan Perodua Myvi di Lebuhraya Duke arah Damansara mendapat perhatian meluas rakyat Malaysia.

Rata-rata memikirkan nasib dua kanak-kanak yang menjadi anak yatim piatu selepas kehilangan kedua ibu bapa termasuk adik bongsu mereka yang baru berusia enam bulan dalam kemalangan awal pagi semalam gara-gara tindakan enam buah kereta Perodua Myvi yang dilaporkan merupakan ahli satu kelab kereta berlumba sesama sendiri.

Bagaimanapun, muncul seorang ahli daripada Myvi Familia Club yang cuba mempertahankan rakan-rakannya yang terlibat dalam perlumbaan haram yang disebut-sebut ramai saksi.

Wanita dikenali sebagai Yana ini mendakwa berita yang tersebar mengenai perlumbaan yang berlaku antara kereta Myvi adalah tidak benar.



Katanya, ahli kelab berkenaan yang turut berada di tempat kejadian lebih mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

Tapi yang menjadi persoalannya, kenapa lima lagi pemilik kereta Myvi menghilangkan diri selepas kemalangan jika mereka tidak bersalah?

Apatah lagi beberapa saksi yang berada di tempat kejadian sendiri mengesahkan enam Myvi tersebut sedang berlumba dan memandu dengan kelajuan yang tinggi.





Tak pasal-pasal kenyataan Yana yang disifatkan ‘tak masuk dek akal’ itu menerima kritikan dan kecaman  di laman sosial.


Sementara itu Kelab Myvi Familia Club Dikecam Hebat Dilaman Sosial

Susulan lumba haram yang disertai oleh 6 buah Myvi dari Familia Myvi Club yang menyebabkan satu keluarga yang menaiki Pajero Sport maut, kelab tersebut kini dikecam hebat dilaman sosial.







Gambar Suspek Pemandu Myvi FC123 Langgar Kereta Pajero

Foto Suspek Fizal Reza, pemandu Myvi dengan nombor ahli FC123 yang melanggar sebuah Pajero Sport hingga menyebabkan satu keluarga terbunuh.






Gambar Kemalangan Maut Myvi Langgar Pajero 2 Mei 2015


Insiden lumba haram melibatkan enam buah Myvi pada awal pagi Sabtu 2 mei 2015 di Lebuhraya Duke arah Damansara dan melanggar kereta jenis SUV Pajero Sport telah menyebabkan satu keluarga maut. Menurut saksi, satu pasangan (Suami dan Isteri) dan anak beliau (bayi berusia 6 bulan) meninggal dunia.

Difahamkan, kemalangan maut yang berlaku pada jam 12.30 pagi berpunca dari 6 buah Perodua Myvi yang berlumba sesama mereka dan salah satu daripada Myvi tersebut terbabas lalu melanggar sebuah Pajero Sport menyebabkan Pajero itu terbalik manakala penumpang tercampak keluar. Untuk info, kesemua pelumba Myvi tersebut adalah daripada anggota Familia Myvi Club (FMC).




















senbelum ini....



Berang kecuaian pemandu Myvi

Kemalangan yang meragut nyawa sepasang suami isteri dan bayi mereka berusia enam bulan di Lebuhraya Duke awal pagi Sabtu lalu, mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa.

Fairuz Nizam yang memandu kenderaan Pajero maut di tempat nahas manakala isteri dan anaknya meninggal di Hospital Kuala Lumpur.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Markandan berkata, kejadian pada jam 1.05 pagi di laluan dari arah Ulu Klang menghala Jalan Duta.

Beliau berkata kemalangan berlaku apabila Pajero itu yang berada di lorong tengah dipercayai digesel dari sebelah kanan oleh sebuah kereta Myvi.

“Akibat pelanggaran itu, kereta mangsa terbabas di sebelah kiri sebelum dilanggar sebuah lagi kereta Myvi yang berada di lorong kiri.

“Kenderaan mangsa berpusing beberapa kali dan menyebabkan mereka tercampak di atas jalan,” katanya.

Sebagai tanda simpati, ramai yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menyuarakan perasaan sedih di laman sosial.

Tidak kurang juga marah dengan kecuaian pemandu Myvi dipandu secara melulu sebelum merempuh kenderaan dipandu Allahyarham Fairuz Nizam.

Kedua-dua pemandu kereta Myvi itu, seorang daripada mereka seorang wanita berumur 35 tahun, cedera ringan manakala seorang lagi pemandu lelaki berumur 31 tidak cedera.

Laman Facebook dipenuhi spekulasi bahawa kejadian itu berpunca daripada enam kereta Myvi yang sedang berlumba sekitar jam 1 pagi.

Malah akaun Facebook Familia Myvi Club diserang dengan kritikan daripada pengguna laman sosial itu yang berang dengan perbuatan ahli kelab tersebut.

Pemilik akaun dengan nama Faizul Rahimi dalam komennya berkata, kelab tersebut perlu dipersalahkan atas kejadian itu.

“Kalau sebuah saja yang berlumba, salah individu. Tapi kalau dah sampai beberapa buah kereta dari kelab ini terlibat, terpaksalah tuding jari dekat kelab ini.

“Yang berlumba kau orang serah dekat polis. Minta maaf secara terbuka dan bubar terus lagi elok,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna dipercayai ahli keluarga mangsa, Azeera Rahmat berkata, kejadian tersebut telah menyebabkan dua orang lagi anak pasangan itu menjadi yatim piatu.

“Kau orang telah menyebabkan anak buah aku jadi yatim piatu,” katanya.

Rata-rata komen juga mendesak agar Familia Myvi Club menasihatkan ahli mereka yang terlibat dalam kemalangan itu agar menyerah diri kepada polis.

“Minta presiden serah semua suspek. Semoga kelab ini bertanggungjawab dengan apa yang menimpa keluarga ini,” tulis pengguna dengan nama Nizam Giler-Giler Rider.

Terdapat juga akaun Facebook yang baharu diwujudkan bernama Familia MurderMyvi Club–FMC tanda kemarahan kepada pemandu Myvi terlibat.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI