Kuala Lumpur: Rumah mampu milik sememangnya sesuatu yang menjadi bualan dalam kalangan rakyat untuk membolehkan mereka mendapatkan kediaman yang sesuai dengan kadar pendapatan.
Namun, apabila melihat kepada situasi harga jualan yang ditawarkan pemaju ketika ini nampaknya cita-cita untuk membeli rumah terpaksa ditangguhkan memandangkan ada di antaranya menawarkan harga sehingga RM500,000 seunit dan dikatakan sebagai rumah mampu milik.
Sememangnya takrifan mengenai rumah mampu milik ini sentiasa menjadi isu memandangkan harga yang dikatakan mampu milik itu kadang-kala tidak sesuai untuk digunakan.
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, takrifan rumah mampu milik ialah bergantung kepada pendapatan bulanan yang mampu digunakan oleh orang ramai untuk membayar ansuran bulanan atau dalam kata lain ialah komitmen pembayaran bulanan kepada pihak bank.
Menurutnya, rumah mampu milik juga adalah satu bentuk perumahan yang dibangunkan oleh pihak kerajaan atau swasta yang mampu dimiliki oleh rakyat mengikut pendapatan daripada berpendapatan rendah, pertengahan atau tinggi.
“Komitmen pembayaran bulan yang perlu ditanggung oleh individu dalam pembelian rumah tidak melebihi daripada 30 peratus pendapatan keseluruhan isi rumah dan sekiranya pembeli mampu memenuhi peratusan ini untuk membeli sesuatu rumah maka ia adalah jenis rumah mampu milik untuknya.
“Di peringkat kerajaan, kita tidak memfokuskan kepada sesetengah golongan saja untuk membolehkan mereka memiliki rumah, tetapi disasarkan kepada semua golongan mengikut kemampuan berdasarkan pendapatan bulanan mereka,” katanya.
Sebelum ini dilaporkan kerajaan komited untuk membina lebih banyak rumah mampu milik dan meningkatkan kadar pemilikan daripada kadar semasa 50 peratus bagi membekalkan sejuta rumah mampu milik menjelang 2018 dan sudah menggerakkan sektor awam serta swasta untuk mencapai agenda berkenaan.
Halimah berkata, pelbagai program termasuk usaha oleh Perumahan Rakyat 1Malaysia Bhd (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) serta melalui Program Perumahan Rakyat dan Skim Pemilikan Rumah Mampu Milik Swasta.
##
contah rumah mampu tengok yang di tawarkan....
MahSing Tawar Rumah Mampu TENGOK di Bangi, Iskandar Malaysia, Cyberjaya, Rawang Kepada Anda dalam lingkungan RM500,000
takrifan mampu milik bergantung kepada pendapatan bulanan...? ....so cakap ters terang jangan main wayang...rumah mampu milik tu sasaran untuk golongan mana...?jangan memperbodohkan rakyat boleh...rakyat marhaen mampu ke...?...nampak sangat menipunya KERAjaan UMNO....RM 500 000 tu untuk golongan kaya...golongan pertengahan dah tentu tak mampu...
alamatnya rakyat marhaen akan gigit jari...duduk kat flet murah alamatnya...malang nya jadi warga negara ini...bila segala kemewahan hidup ini di monopoli oleh golongan kaya yang di pelopori oleh penyanggak penyanggak UMNO untuk memperkyakan kroni..
tak guna ada kerajaan jika tak mampu jaga kebajikan rakyat ...dah lah kos hidup serba serbi mahal di tambah dengan gaji yang ciput...tambah membebankan lagi bila hak kediaman rakyat di monopoli oleh mereka yang haus menghirup poket rakyat...
jangan lupa rumah flet pun dah semakin mahal demi mensesuaikan dengan harga rumah mampu milik yang di war war kan oleh kerajaan UMNO ini yang semakin mencanak naik harganya...kata nak tolong bangsa melayu...rupanya melayu jadi bangsat akhirnya...dudu di bawah jejantas dan jambatan jadi gelandangan demi tak mampu memiliki kediaman selesa untuk di huni hingga akhir hayat .
jasa kerajaan UMNO bina rumah mampu milik RM500,000....nampaknya jadi rumah mampu tengok kepada rakyat marhaen...nipu rakyat tak sudah sudah..!!!!
8:19 PG
kencing rakyat
,
kroni di utamakan
,
mampu milik
,
mampu tengok
,
perut kroni
,
politik
,
politik kotor
,
UMNO pengkhianat melayu
Edit
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI