pakai kasut besi seberat 405kg






Kasut berat biasanya dianggap tidak selesa, tetapi bagi Zhang Fuxing' 51 tahun dari Tangshan, China, berat pasti tidak menjadi masalah. Beliau menghabiskan setiap pagi dengan berjalan sambil mengenakan sepasang kasut besi seberat 405 kilogram.

Selama lebih tujuh tahun, Zhang Fuxing telah menghabiskan pagi beliau berjalan dengan sepasang kasut diperbuat daripada blok besi yang berat. Beliau merekacipta kasut pelik dengan kepingan kimpalan besi 30 cm panjang dan 20 cm lebar. Pada mulanya, kasut itu hanya seberat 70 kilogram, tetapi sebagai senaman beliau terus menambah berat kasut tersebut.

Sekarang kasut beliau beratnya mencecah 405 kg dan 40 cm tinggi, kira-kira tujuh kali berat badan sendiri. Ia seolah-olah mustahil bahawa seseorang boleh mengangkat kaki mereka dari tanah dengan seberat itu, tetapi Zhang mengatakan dia biasanya berjaya berjalan di sekitar beberapa meter dalam masa 20 minit, setiap pagi. Dia menyimpan kasut yang luar biasa di laman dan mengatakan bahawa ianya adalah begitu berat dia tidak bimbang akan mungkin dicuri.

Zhang Fuxin telah membangunkan teknik berjalan sendiri yang sebenarnya membolehkan beliau untuk mengangkat kasut 405-kg-berat dari tanah, dan beliau merancang untuk menambah berat kasut tersbut pada awal tahun depan. Xinhua News, Cina memberitahu bahawa mahu menghubungi Guinness World Records untuk nama beliau supaya di senaraikan dalam buku mereka yang terkenal

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI