polis pengampu tahan Adun dan aktivis anti GST di Johor Baru....untung botak chin dah mati tiada penganti...kalau tak ...mampos lah lu worang kena buat kerja hakiki polis.....!!!









Polis bertindak menahan 4 peserta himpunan anti cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berhampiran Hotel Tropical Inn, Johor Baru sekitar jam 6.40 petang  tadi

Mereka terdiri daripada 2 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) – Jimmy Puah (Bukit Batu) dan Tan Hong Pin (Mengkibol) serta seorang pembantu Puah, Jimmy Tan dan seorang aktivis anti GST.

Penahanan itu disahkan sendiri aktivis anti GST itu, Sidiqin Omar, yang kini berada di Balai Polis Sentral, Jalan Meldrum, Johor Baru.

Sidiqin berkata, anggota polis yang menahannya memaklumkan mereka ditahan bagi "membantu siasatan dan memberi keterangan" berkaitan Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012.

Setakat ini, katanya, polis meluangkan masa selama 20 minit mengambil keterangannya dan yang lain mengenai butiran seperti nama penuh, alamat rumah dan pekerjaan.

Bagaimanapun, beliau belum pasti jika mereka akan dikehendaki bermalam di lokap.

"Kami masih menunggu pegawai penyiasat kes ini memberi maklumat selanjutnya," kata Sidiqin .

Katanya, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Johor Hassan Karim akan bertindak sebagai peguam mewakili keempat-empat yang sedang ditahan.

Sementara itu, Pengarah Strategi Pemuda PKR Johor Akmal Nasir turut memaklumkan polis sedang mencarinya untuk turut ditahan.

"Polis masih belum menghubungi saya dan menurut mereka yang ditahan, nama saya disebut-sebut sebagai orang ke-5 yang akan ditahan," katanya .

Beliau kini dalam perjalanan ke Batu Pahat untuk mempengerusikan satu mesyuarat PKR.

Himpunan anti-GST di Johor Baru hari ini adalah sebahagian daripada agenda siri himpunan #KitaLawan yang pada mulanya bertujuan membantah pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Himpunan tersebut diadakan bagi merancakkan suasana dan membina momentum menjelang himpunan besar-besaran anti GST #KitaLawan di Kuala Lumpur pada 1 Mei ini.



##


harga barang banyak meningkat dan semakin banyak kedai runcit terpaksa tutup perniagaan akibat GST. Harga petrol RM1.95 seliter juga tidak mengikut harga purata seperti yang dicanang. Maknanya rakyat ada hak untuk tolak GST


Kepada pengundi-pengundi Permatang Pauh dan Rompin berikanlah kemenangan besar kepada calon PR. Tunjukkan dan buktikan bahawa rakyat menolak perlaksanaan cukai GST.Cukai GST adalah cukai yg menindas rakyat miskin dan berpendapatan sederhana.

Kepada parti BN, jangan bertanding di kedua-dua kawasan tersebut. Jangan buang masa dan membazir berjuta-juta RM wang rakyat untuk merayu undi kasihan drpd pengundi. Calon BN bukan shj akan kalah tetapi akan hilang wang cagarannya.


Katakan TIDAK kepada GST!



kepada polis polis pengampu....anda untung ....botak chin  mati tiada penganti...kalau tak...anda semua baru betul buat kerja hakiki...


kisah botak chin di sini...



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI