cara barua kerajaan merompak pencarum KWSP di tentang.. had umur keluar duit KWSP wajar di kekalkan atau terima nasib yang sama dengan wang KWAP yang bakal hangus dalam 1MDB...!!!
KUALA LUMPUR – Cadangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk meminda had umur pengeluaran simpanan persaraan kepada 60 tahun berbanding 55 tahun dengan alasan hampir 70 peratus ahlinya menghabiskan wang tersebut dalam tempoh lima tahun dianggap sebagai tidak munasabah.
Presiden Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Mohamed Shafie BP Mammal berkata, KWSP perlu mengetahui ramai pencarum menghabiskan wang itu untuk tujuan bermanfaat seperti menjelaskan pembiayaan kewangan, membeli aset tetap, perubatan dan pelaburan.
“Cadangan meminda had umur pengeluaran simpanan persaraan KWSP itu merupakan satu tindakan yang terburu-buru. Jika duit itu digunakan untuk menjelaskan pembiayaan kewangan, membeli rumah serta membuat pelaburan yang menguntungkan, ia dianggap bukan satu masalah tetapi kebaikan untuk pencarum,” katanya .
##
tak habis habis nak merompak rakyat...dah la akaun KWSP kakitangan kerajaan habis di sapu dan diserap dalam KWAP yang kemudian di rompak oleh pelaburan haramjadah 1 MDB...kini wang pencarum KWSP yang lain ada ura ura nak pinda nak ubah supaya pencarum tak boleh keluar lansung duit mereka...jadah apakah ini...dengan usia 60 tahun ...mana yang terlarat ke KWSP boleh la nak menuntut...yang mana yg tak larat..? macam mana...?...senyap masuk poket lu worang semua..lepas tu war war sebagai wang yang tak di tuntut supaya senang di gunapakai oleh kerajaan penyamun nie.
satu satu di dunia barua barua dalam kerajaan cuba merompak wang rakyat melalui caruman kumpulan wang simpanan pekerja...cukup cukup la tu nak penaya rakyat...bukan banyak mana simpanan caruman rakyat...itu pun nak di sapu...ada akal dan hati perut ka..?
tengok nih apa jadi dengan wang KWAP ...akan begini jadinya bila di salahguna oleh kerajaan penyamun...
Pengurusan dana awam melalui SRC ini sebenarnya lebih sensitif dari pinjaman-pinjaman yang dibuat oleh 1MDB kerana ia melibatkan dana pencen.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI