tomyam lipas pulak dah...!!!



Kangar: Keseronokan sepasang suami isteri meraikan makan malam sempena ulang tahun perkahwinan mereka di kedai makan tomyam, di sini, pada Selasa lalu, bertukar menjadi pengalaman menjijikkan apabila menemui seekor lipas dalam hidangan mereka.

Lelaki berkenaan yang mahu dikenali sebagai Hafiz, 29, berkata, dia bersama isterinya sudah lama merancang makan malam di premis terbabit sempena sambutan ulang tahun kedua perkahwinan mereka.

“Saya memesan tomyam daging bersama beberapa lagi menu istimewa yang memang menjadi kegemaran kami berdua. Apabila kami hampir selesai makan, isteri saya terkejut selepas menemui lipas di dalam kuah tomyam yang sedang dihirupnya.

“Isteri saya memberitahu perkara berkenaan kepada pemilik kedai warga Thailand terbabit sebelum dia tampil memohon maaf dan mahu menggantikannya dengan yang baru.

“Saya terus menolak pelawaannya kerana sudah kembang tekak ekoran penemuan lipas berkenaan dan meninggalkan sejumlah wang sebelum beredar dari kedai itu menyebabkan pemiliknya hanya tercengang-cengang,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI