zaitun berusia 1,000 tahun mula berbuah





Taman Botani Singapura di Gardens by the Bay menjadi tarikan popular pelawat asing untuk menikmati ribuan spesies pohon dari seluruh dunia.



Pemandangan panorama dari luar Gardens by the Bay di Singapura

SINGAPURA – Sebatang pokok zaitun tua yang ditanam di kawasan taman terkenal, Gardens by the Bay di sini mula mengeluarkan buah buat julung-julung kalinya.

Menariknya pokok tersebut; yang sinonim dengan cuaca nyaman Mediterranean; sudah pun berusia lebih 1,000 tahun, lapor beberapa media Singapura pada Jumaat.

Pakar botani tempatan bahkan terkejut dan berpendapat adalah amat luar biasa bagi pokok zaitun sebegitu untuk berbuah semula dalam cuaca tropika seperti Singapura.

Spesies pokok bersejarah ini atau nama saintifiknya Olea europaea memerlukan cuaca yang relatif sejuk untuk berbunga agar kemudian dapat mengeluarkan buah.

Sejak Disember tahun lalu, suhu di ruang Flower Dome di Taman Botani Singapura itu diubah kepada 15 darjah Celsius pada sebelah malam dan 21 darjah pada siang hari.

Hasilnya, pokok lambang keamanan global ini berjaya menghasilkan bunga dengan banyaknya dan kini menjadi tarikan baharu pelancong asing ke taman tumbuhan tersebut.

Zaitun dipercayai tumbuh lebih 6,000 tahun lalu dan kini ditanam secara komersial meliputi 10 juta hektar tanah di serata dunia dengan pengeluaran hasil hampir 20 juta tan setahun.

Pohon bersaiz rendang ini hidup subur di 10 buah negara rantau Mediterranean iaitu Algeria, Greece, Itali, Maghribi, Mesir, Portugal, Sepanyol, Syria, Tunisia dan Turki.

Gardens by the Bay yang merupakan Taman Botani Singapura dibuka sejak 2012 di atas tanah tambak tebus guna Marina Reservoir berkeluasan 101 hektar

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI