ahli parlimen nikmati gaji baharu walau pun ramai ponteng dewan rakyat...ini macam manyak sinang makan gaji buta maaa....!!!





GAJI Ahli Parlimen kini naik antara RM4,000 hingga RM11,000 berkuat kuasa Januari 2015.


KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat awal pagi semalam meluluskan Rang Undang-Undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 berkaitan kenaikan gaji dan elaun Ahli Parlimen yang ditangguhkan pada sidang Dewan Rakyat lalu.

Kelulusan tersebut menyaksikan gaji 222 Ahli Dewan Rakyat dan 70 Ahli Dewan Negara bertambah antara RM4,000 hingga RM11,000 iaitu pada kadar antara 45 hingga 57 peratus.

Pembayaran gaji baharu itu membabitkan 292 orang ahli kedua-dua dewan Parlimen itu berkuat kuasa pada Januari 2015.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim ketika membentangkan bacaan kali kedua akta itu semalam berkata, pindaan itu berikutan faktor persekitaran masa kini yang mencabar kepada ahli Parlimen.

Selain itu, tugas-tugas Ahli Parlimen bertambah berat dan membawa harapan tinggi rakyat dan ini akan menambahkan semangat kepada Yang Berhormat untuk bertugas lebih gigih dan dedikasi.

“Dengan lulusnya rang undang-undang ini, gaji bulanan ahli Dewan Rakyat dinaikkan kepada RM16,000 daripada RM11,000, ahli Dewan Negara RM11,000 daripada RM7,000, Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat RM22,000 daripada RM16,000 dan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat RM31,000 daripada RM20,000,” kata Shahidan.

\



##



untungnya kaki poneng ....kah kah kah.....!!!


Tahniah sebab mendapat kenaikkan elaun hampir 250%.   walaupun  ramai yang kaki ponteng

Ahli Parlimen BN Ponteng

Najib kaki ponteng, hanya 26 hari ke Parlimen sejak jadi PM

MP Pakatan Rakyat Ponteng, POTA Diluluskan...memang cilanat

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI