bila manusia lebih teruk dari haiwan...monyet turut jadi mangsa sengketa politik manusia...kah kah kah



Stockholm: Arab Saudi enggan menerima empat monyet dari zoo di Sweden kerana konflik diplomatik antara kedua-dua negara itu.

Pengarah Zoo Skansen, Jonas Wahlstrom berkata dia menerima panggilan dari Zoo Riyadh yang mengatakan kerajaan negara itu tidak membenarkan kemasukan monyet baka pygmy marmoset berkenaan.

Pygmy marmoset ialah monyet paling kecil di dunia dengan ketinggian 12 sentimeter.
Zoo Skansen menghantar kira-kira 10 pygmy marmoset ke zoo di seluruh dunia setiap tahun hasil daripada kejayaannya membiak haiwan itu.

“Mereka (Arab Saudi) tidak mahu menerima monyet itu kerana konflik politik yang berlaku,” katanya.

Pertengahan Mac lalu, Arab Saudi memanggil pulang duta besarnya ke Sweden selepas kritikan yang dilemparkan pemimpin negara itu terhadap rekod hak asasi manusia Arab Saudi.

Stockholm turut menggantung perjanjian kerjasama pertahanan dengan Riyadh.
Minggu lalu, Arab Saudi menghantar semula dutanya ke Stockholm selepas Raja Sweden meminta maaf.

Wahlstrom berkata, pihaknya mungkin menghantar monyet itu ke zoo di negara lain jika Riyadh tetap dengan keputusannya

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI