resepi roti sardin goreng celup telur



BAHAN-BAHANNYA :-)

16 keping roti sandwich
2 keping keju cheesedale, potong 4 setiap 1
2 biji telur, dipukul sedikit
1 tin kecil sardine, asingkan ikan dan sosnya
1 biji bawang besar saiz sederhana, didadu
1 ulas bawang putih, cincang halus
2 keping nipis hirisan halis, cincang halus
Secubit garam
2 biji limau kasturi, perah jusnya

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan 2 camca besar minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum dan bawang besar layu. Masukkan ikan sardine (hancurkan), kacau rata dan tambah 3 camca besar sos ikan sardine.

Tambah secubit garam dan masak hingga kering. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau rata dan masak sekejap. Matikan api dan biar inti sejuk.

Sekarang kita sediakan roti sardine.Potong bahagian tepi roti. Ambil sekeping, sudukan kurang lebih 1/2 camca besar inti sardine, letakkan 1 potongan keju atasnya. Sapu telur pada bahagian tepi roti.

Ambil sekeping lagi roti dan tutup atas roti berisi inti tadi. Tekan2 bahagian tepinya dengan belakang sudu hingga melekat. Kemudian trim biar nampak kemas. Buat kaedah sama untuk baki bahan2 tadi. Buat hingga siap

Panaskan minyak, menggunakan baki telur tadi, celup sebiji roti sardine hingga rata dan goreng dalam minyak panas. Che mat goreng 4 biji sekali, goreng 2 minit untuk setiap bahagian atau hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Buat hingga siap. Boleh hidangkan untuk berbuka puasa. Sedap dimakan bersama sos cili..

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI