resepi ikan masak tauco pedas



BAHAN-BAHANNYA :-)

2 ekor ikan tenggiri saiz kecil (kurang lebih saiz 3 jari orang dewasa)
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
2 ulas bawang putih, hiris
2 keping hirisan nipis halia
1 biji cili merah, hiris serong
1 biji cili hijau, hiris serong
1 camca besar cili kisar
1 camca besar sos tiram
1 1/2 camca besar tauco
1 biji tomato, belah 4
Garam jika perlu
1 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

Ikan tenggiri dikerat 3 setiap seekor, cuci bersih dan lumur dengan 1 camca teh serbuk kunyit dan 3/4 camca teh garam. Kemudian goreng hingga masak, tak perlu sampai garing, goreng lembap2 sudah memadai. Angkat dan ketepikan.

Panaskan 2 camca besar minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan cili kisar dan tauco, kacau dan masak hingga wangi, guna api kecil dan kacau selalu. Tambah sos tiram dan kacau rata.

Tuang air dan biar mendidih. Masukkan ikan, bawang besar, hirisan cili merah dan hijau. Kacau rata dan masak hingga bawang lembut. Jika suka kuah, lebih, anda boleh tambah sedikit air lagi. Tambah tomato dan sedikit garam jika perlu.

Masak sekejap dan boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan bersama nasi panas..

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI