lagi kanak kanak di dera..di kurung bapa di flat yang telah potong bekalan api dan air



MANGSA kelaparan berselera apabila diberi makan.

Butterworth...“Ketika membuka pintu bilik tempat kanak-kanak itu dikurung, saya lihat dia terus bangun walaupun keadaannya amat lemah serta menggeletar.
“Dia terus meminta makanan dan turut meminta didukung.

Dalam keadaan sayu itu, saya hanya sempat memberikan air soya untuk diminumnya yang kelihatan kelaparan,” cerita Inspektor Hasmah Mustappa Ramdzan, orang pertama yang menyelamatkan kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dikurung bapa sendiri serta disyaki menjadi mangsa dera di sebuah unit kediaman Flat Taman Sungai Dua Utama, di sini.

Dalam kejadian jam 7.15 malam kelmarin, Hasmah berkata, melihat mangsa yang kelaparan, dia dan pasukannya memberi kanak-kanak itu makan nasi ketika di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) sebelum membawanya ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk pemeriksaan.

Pemeriksaan awal Hasmah dan pasukannya mendapati ada kesan lebam pada lengan dan paha kanak-kanak berkenaan dipercayai akibat dicubit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah SPU Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, kejayaan menyelamatkan kanak-kanak malang itu hasil keprihatinan pihak sekolah selepas mangsa tidak hadir ke kelas walaupun sudah mendaftar untuk memasuki tahun satu, Isnin lalu.

Beliau berkata, seorang guru sekolah berkenaan mengesyaki ada yang tidak kena dengan kanak-kanak itu yang kelihatan lemah serta hanya mengikuti sesi persekolahan separuh hari dan pulang lebih awal walaupun kelas belum tamat.

“Menambahkan lagi curiga guru berkenaan apabila mangsa tidak hadir pada hari berikutnya dan dia bertanyakan mengenai kanak-kanak itu kepada ibu bapa lain, namun gagal mendapat jawapan.

“Pada Rabu, bapa mangsa berusia 34 tahun datang ke sekolah untuk mengambil wang bantuan awal persekolahan RM100 tanpa membawa anaknya sebelum beredar. Ia menyebabkan guru yang tidak sedap hati membuat laporan polis,” katanya.

Abdul Rahman berkata, susulan aduan itu, pihaknya ke rumah bapa mangsa, namun lelaki itu memberikan pelbagai helah dan enggan bekerjasama memberikan maklumat mengenai lokasi anaknya berada.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian, lelaki itu mengalah dan menunjukkan tempat dia mengurung mangsa iaitu di kediaman berhadapan tempat tinggalnya.
“Sejurus menyelamatkan mangsa, kami menahan lelaki itu manakala kanak-kanak yang lemah dan kelaparan itu dibawa ke IPD sebelum dirujuk ke hospital.

“Hasil siasatan mendapati rumah tempat mangsa dikurung sudah dipotong bekalan air dan elektrik sejak beberapa bulan lalu dan bapanya kini tinggal di rumah berhadapan kediaman itu,” katanya.

Abdul Rahman berkata, siasatan awal mendapati mangsa sebelum ini tinggal bersama bapa, ibu dan lima lagi adik-beradik tirinya selepas ibunya yang juga isteri pertama lelaki itu pulang ke negara asal berikutan berpisah.

Beliau berkata, mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan turut menjalani ujian imbasan untuk mengesan kecederaan dalaman.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan kami mendapatkan perintah reman sehingga Isnin ini terhadap bapa mangsa yang bekerja di sebuah pam minyak.

“Selain itu, kami sedang menunggu laporan penuh pemeriksaan kesihatan mangsa daripada pihak hospital sebelum tindakan lanjut serta merujuk hal ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI